Sentiasa Bersyukur Dalam Hidup

Ramai manusia yang telah diberikan nikmat tetapi mereka tidak bersyukur bahkan lupa dan leka. Mereka tetap kufur dan tidak beriman, maka layaklah mereka mendapat azab Allah SWT. FirmanNya dalam surah Muhammad ayat 12 bermaksud:

Dan orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.

Kalau nak hidup dengan gembira, kita kena selalu bersyukur. Untuk selalu memotivasikan diri kita supaya bersyukur, tulis JURNAL KESYUKURAN. Tulis 3 perkara yang kita hargai dan bersyukur setiap hari. Maka, kita akan sedar betapa beruntungnya kita. Betapa rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas dan melimpah ruah untuk hamba-Nya.

Jom kita ikuti perkongsian dari Puan Lyna Noh untuk menjadikan hidup kita lebih gembira dan happening…

 

Dari sini kita melihat betapa pentingnya bersyukur. Salah satu daripada bentuk syukur kepada Allah SWT ialah dengan hati iaitu perasaan takut dan harap kepadaNya yang boleh membawa kepada melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Termasuk dalam kategori ini ialah ikhlas dalam segala kerja buat kita. Kesyukuran ini boleh menjadi sebab bertambahnya nikmat Allah Azza wa Jalla. FirmanNya dalam surah Ibrahim ayat 7 bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah lagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!

Demam Denggi Boleh Membawa Maut

Demam denggi kian menular sekarang ni. Lebih dahsyat, virus denggi makin bermutasi sampai pakar perubatan pun pening nak kawal.

Selain membantu pesakit demam denggi, kebaikan produk Shaklee ni juga boleh mengurangkan risiko dijankiti virus denggi degil ni. kalau lah denggi ni orang, dah lama kena belasah agaknya.sebab dia betul2 menyusahkan.

Tol x tapi itulah kuasa Allah/Tuhan, nyamuk kecik tu pun boleh bikin huru-hara. Di samping terus berdoa banyak2 semoga kita semua takde lah yg kena demam denggi ni lg dah, teruskan usaha kuatkan immunisasi badan.

 

Jejom kita ikuti perkongsian dari salah seorang Nutrisi Shaklee mengenai Demam Denggi

 

 

Berikut adalah Set Demam Denggi yang di sarankan: 

SetDenggi

 

Performance Drink

Berfungi untuk mengembalikan dan menstabilkan kandungan air di dalam badan. performance drink mempunyai garam yang menstabilkan badan. Performance drink juga memberikan tenaga kepada pesakit. Performance drink berbeza dengan 100Plus. Biasanya orang akan mengambil 100plus bila demam denggi. 100Plus tidak mempunya banyak garam natrium di dalamnya. Di dalam lebihnya banyak kandungan gula.

Nutriferon

Nutriferon berperanan untuk supaya badan mendapat signal untuk menghasilkan antibodi semulajadi untuk melawan virus denggi. Tindakan nutriferon adalah berlaku secara semulajadi. Ia nya adalah amat selamat untuk badan.

Vitamin C – Peningkatan Sistem Imun

Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, serta membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. Ia juga mampu membantu mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Apa yang menarik ia turut berfungsi untuk menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

ESP – Memberi semula tenaga dan membina semula platlet-platlet dan sel darah

Cepatlah merawat Demam Denggi ini kerana ia boleh membawa maut.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!

Sup ketam dapat meningkatkan platlet pesakit demam denggi.

supketam

Antara bahan-bahannya:

  • 2 ekor ketam segar @ ketam nipah
  •  4 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 1 ulas bawang merah kecil ( ditumbuk )
  • 1 batang serai ( diketuk )
  • 6 biji lada hitam  ( ditumbuk )
  • 3 gelas air
  • sedikit garam dan gula mengikut citarasa

Cara membuatnya :

  1. Tumbuk  lada hitam, bawang putih dan bawang merah biar hancur.
  2. Basuh ketam dengan bersih ( buang isi perut yang kotor )
  3. Masukkan air ke dalam periuk, apabila air sudah mendidih masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
  4. Selepas itu masukkan ketam dan kacau, biarkan seketika.
  5. Masukkan pula serai dan sedikit garam, gula mengikut citarasa.
  6. Biarkan mendidih dan balik-balikkan ketam agar masak.
  7. Bila isi ketam sudah masak, bolehlah ditutup api gas.
  8. Selamat mencuba tanpa menggunakan minyak.

 

Dipercayai sup ketam dapat meningkatkan platlet pesakit denggi. Amat bagus juga dan pesakit mampu makan berbanding petua2 lain seperti daun betik dan sebangainya, dan ianya juga menyelerakan.

Alhamdulilah di dalam Shaklee, ada beberapa iktiar yang boleh dibuat untuk meredakan sakit ini, tetapi tiap penyakit Allah jualah penyembuh sebenar.

Pengambilan air yang banyak juga amat perlu supaya pesakit tidak kekeringan. Selamat beriktiar dengan Shaklee untuk demam denggi.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!

Apa itu Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

nyamuk-penyebab-demam-berdarah

Demam denggi ialah adalah penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini.Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala

tanda-demam-denggi

  • Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga (3) hingga ke empat belas (14) selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4 hingga 7 hari.
  • Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk/kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • Demam ini boleh mencapai suhu 40 – 41 C, dan selalunya akan berlarutan selama 2 hingga 7 hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai “breakbone fever”.
  • Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam.
  • Muntah dan kurang selera makan.

Pemastian diagnosa penyakit

Antibodi akan dikesan di dalam darah (Dengue IgM) (Antibodi yang dihasilkan oleh sistem pertahanan badan untuk melawan jangkitan).

Ujian PCR (kaedah mengesan genetik virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh didapati di sesetengah makmal.

NSI antigen: Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal/demam.

Rawatan

  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.

Demam Denggi Berdarah

Merupakan demam denggi yang teruk disebabkan oleh jangkitan virus denggi.

Kebiasaan tanda sakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk disebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.

Salur darah di dalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini boleh menyebabkan pesakit mengalami renjatan (shock) dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Tiada ubat-ubatan yang khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1%. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan beliau tidak mengalami renjatan.

Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?

Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.

Pemindahan penyakit:

    • Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
    • Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 – 12 hari selepas menghisap darah manusia (perumah).
    • Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
    • Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
    • Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.

Bagaimanakah terjadinya demam denggi?

Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina. Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.

Apakah penyebab demam denggi?

Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.

Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.

 

Pencegahan

Bagaimana cara untuk mencegah denggi?

1. Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk :

Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

2. Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang :

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

3. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk :

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak.

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.

Elakkan gigitan nyamuk dengan:

  • Gunakan ubat nyamuk.
  • Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan ‘repellent’ jika perlu.
  • Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
  • Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

  • Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
  • Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.

Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

  • Muntah berlarutan/berpanjangan.
  • Sakit perut.
  • Kurang bermaya/sawan.
  • Sesak nafas.
  • Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.
  • Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Panjat Candi Borobodur Tatkala Hamil 7-bulan

pesona-candi-borobudur

Siapa Kata Ibu Hamil Kena Lembik2 Bermalas2an Di Rumah?

Banyak kali kita dengar ibu hamil asyik kepenatan je. Mana taknya, ade lagi sorg yg dok menepek dalam perut. Kalau tak mengandung tapi anak asyik mintak dokong je pun lama2 tak larat kan? inikan pula kalau tengah mengandung, 24/7 kena “dokong” orang dalam perut.

Makin lama badan makin berat
Makin berat, badan makin penat
Makin penat, makin ada alasan nak MC!

Tu belom kita tengok mak2 yg mengandung tu bibir pecah2, tangan terkupas2 & kulit muka pun kusam sampai org lain tgk simpati jek…

Tengok makcik ni, rilek je panjat candi borobodur tatkala hamil 7-bulan

Kalau panjat candi pun boley, apetah lagi la kalau takat jalan kaki p office. dan memandangkan banyak wanita sekarang ni yg sama2 ulang-alik p kerja & banyak berjalan akan membuat mereka cepat penat dan sakit kaki. Kini tidak lagi. Macam Cik akak kita dalam video nih sharekan.

Puan Ainul Mustafa mengamalkan pengambilan B Complex dan Ostematrik sepanjang tempoh kehamilan.

 

Siapa taknak hamil Tapi cergas mcm muda-mudi kan?

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!

 

WW-L.O.V.E

 

Love1Love11 Love9 Love8 Love7 Love6 Love2 Love3 Love5 Love4

 

Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit MIGRAINE?

set migrain

Gabungan OSTEMATRIX & B-COMPLEX adalah vitamin Shaklee yang terbaik untuk pesakit migraine. Ini kerana:

Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.

Bagi penderita migraine, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migraine. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda perlulah menjaga pemakanan anda. Begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti harian dan sebagainya.

Serta, pertimbangkanlah tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!

Masa Terawal Untuk Menjalankan Ujian Kehamilan

UPT

Ujian kehamilan boleh di lakukan seawall 7-12 hari selepas proses persenyawaan Ini juga bergantung kepada jenis alat ujian yang anda gunakan. Semua ujian kehamilan mengukur jumlah hormon kehamilan gonadotropin korionik manusia (hCG) dalam badan anda. Ujian kehamilan di rumah (home pregnancy test – HPT) pula dapat mengesan kehadiran hCG dalam air kencing.Manakala Ujian Darah pula mengesan kehadiran hCG dalam darah anda.

Controls

Kebiasaannya Ujian darah lebih sensitif daripada ujian air kencing dan ia boleh mengesan kehamilan dari enam hingga lapan hari selepas proses ovulasi. Akan tetapi ujian darah ini biasanya dilakukan oleh doktor di klinik atau hospital sahaja. Ia tidak boleh dilakukan sendiri di rumah.

HPT (ujian Air Kencing) boleh dilakukan sendiri di rumah. Ada sesetengah alat ujian lebih sensitif daripada yang lain.Bergantung kepada alat yang anda gunakan. Alat ujian yang lebih sensitif mungkin dapat mengesan hCG walaupun dalam jumlah yang sedikit, seawal empat hari sebelum haid anda dijangka tiba, atau tujuh hari selepas persenyawaan.

Anda boleh merujuk kepada bungkusan alat ujian kehamilan untuk melihat tahap sensitif atau kurang sensitif . Ia diukur dalam mlU/ml (mili-International Unit per milimetre) dengan julat antara 10 mlU/ml hingga 40 mlU/ml. Semakin kecil nombornya, semakin sensitif ujian itu dan semakin cepat ia dapat mengesan kehamilan.

Anda dinasihatkan untuk menunggu di hari ke 7 ke atas selepas proses persenyawaan untuk melalukan ujian.Jika anda membuat ujian terlalu awal, walaupun dengan alat ujian yang sangat sensitif, tahap hCG dalam air kencing masih terlalu sedikit untuk dikesan. Keputusan ujian yang negatif palsu iaitu keputusan yang menyatakan anda tidak hamil walaupun sebenarnya anda hamil, boleh membuatkan anda tertekan.

Kebanyakan ujian kehamilan di rumah dapat memberi keputusan yang tepat jika dilakukan pada tarikh haid anda biasanya datang, iaitu kira-kira dua minggu selepas anda mengovulasi.

Ujian menunjukkan keputusan negatif atas beberapa sebab. Anda mungkin tidak hamil. Atau, anda mungkin mengovulasi lebih lewat daripada yang anda jangkakan dan kehamilan anda tidak selanjut yang anda fikirkan.

Satu dalam 10 wanita mempunyai tahap hCG yang terlalu rendah ketika tarikh haid mereka terlepas. Jika keputusan anda negatif dan anda masih belum datang haid, ujilah semula selepas tiga hari. Jika anda benar-benar hamil, jumlah hCG tentu telah bertambah dan cukup untuk dikesan oleh alat ujian pada waktu itu.

 

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!

Keajaiban Hidup

Tawakal Adalah Keajaiban Hidup::

quantum miracle



Kita melalui proses, makin hari kita akan makin bertambah umur kita. Tidak ada siapa yang boleh menjangka apa yang akan berlaku pada besok hari, secara tepat, boleh mengagak mungkin. Tetapi Allah yang menentukan kehidupan ini. Kadang-kadang perkara yang kita rasa kita tak boleh buat, jika Allah izinkan, ia berlaku. Dan ada orang merasakan ia besar, dengan segala kekuatannya, tiba-tiba ia gagal dalam hidupnya. 
Dulu masa kita sekolah, kita kene ingat kawan-kawan kita yang dapat nombor 1, nombor 2, tapi bukan semua yang dapat nombor yang baik-baik itu akhirnya menjadi orang yang hebat.


Sahabat sekalian,,,
Dalam agama, antara perkara besar yang agama tekankan dalam soal aqidah, ialah bab yang dinamakan dengan tawakal. Insan bergantung dengan Allah SWT.. Manusia disuruh berusaha, tapi manusia kena yakin bahawasanya, atas segala usahanya,  kuasa yang lebih besar ialah kuasa Allah SWT. Sebab tu Allah berfirman: 

ومن يتق الله يجعل له مخرجا ويرزقه من حيث لا يحتسب ومن يتوكل على الله فهو حسبه إن الله بالغ امره قد جعل الله لكل شىء قدرا


Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.  Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Ayat ni orang Melayu panggil “Ayat 1000 Dinar” walaupun orang melayu guna duit RM.. Kita tak panggil ia 1000 Dinar atau apa-apa, ia ayat dari Surah At-Thalaq, ketika Allah menceritakan nasib-nasib wanita yang ditalaq dan juga nasib manusia keseluruhannya. Allah mengingatkan kepada mereka dan kepada kita. Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan untuknya jalan keluar, dan Allah rezkikan dia dengan jalan yang dia tak sangka, rezki datang dengan jalan yang kita sangka dan yang kita tak sangka.  Orang selalu sangka, rezki tu gaji dia,  tapi kadang-kadang dia dapat makan, dia dapat macam-macam yang Allah beri dalam hidup dia, tanpa dengan usaha dia. Kalau bergantung dengan kadar kebijaksanaan dia, mugkin dia tak dapat semua itu, tapi Allah telah memberikan berapa banyak kurnia dalam hidup kita. Semata-mata kurniaan “Yang Maha Memberi Rezki”.

“…Dengan berzikir kepada Allah
gumpalan ketakutan……..
kecemasan dan kesedihan…..
akan lenyap.
Lebih dari itu,
dengan berzikir kepada Allah
tompokan beban hidup
dan masalah kehidupan
akan hilang….”



Sahabat sekalian,,,

 TAWAKAL adalah KEAJAIBAN HIDUP.. “Allah Yang Maha Hidup, Yang Maha Berdiri, yang menguasai segala urusan, yang menguruskan, yang menegakkan, dengan rahmatMu ku memohon pertolongan,  baikilah untukku urusanku keseluruhannya. Dan jangan Kau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip  mata.”  
Allah, tolonglah urus urusan ini, mengharungi kehidupan dengan cabaran-cabaran kehidupan, setiap orang ade masalah dengan kehidupan seharian, kadang kala kita apabila kita bergantung dengan kemampuan kita, kita rasa kita lepas. Kita tak lepas sebenarnya… Tapi apabila Allah yang menakdirkan kita urusan kita… Masyaallah…… ia jadi sangat cantik. Apabila Allah menguruskan urusan ini, ia menjadi sangat ajaib. Banyak perkara yang orang sangka dalam kehidupan ini, kita menang. Tapi jika Allah tidak izinkan kita, kita kalah. Dan ada perkara yang orang sangka kita kalah, tapi dengan kita bergantung kepada Allah, Allah memberikan keajaiban di luar jangkaan manusia.

 “Orang-orang yang dikatakan kepada mereka…
Nun disana, orang-orang sedang berkumpul
untuk mengambil tindakan kepada kamu..
Takutlah kamu kepada mereka.. 
bertambah iman mereka.
Mereka berkata,
Cukuplah bagi kami ini Allah,
kepada Dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan..”


Sahabat sekalian,

Kita ada kehidupan, kita tak boleh menjangka apa yang bakal berlaku.. Berbagai-bagai lagi, mudah-mudahan kita bergantung kepada Allah. Ada kadang-kala Allah uji kita dengan berbagai-bagai ujian… Kita pun  berasa.. ” Ya Allah…..habislah akuuu!!!!!”  tapi jika kita yakin “Hasbunalllah wa ni’mal waqil”  Masyaallah, entah berapa banyak kita lalui dugaan perjalanan dalam hidup, hari ini telah pun Allah keluarkan kita daripadanya. Sebab itu, bab tawakal ini bab aqidah, apabila manusia boleh meyakinkan, bahwa dia bergantung kepada Allah,, bulat imannya, disamping dia sentiasa berusaha. tapi hatinya sentiasa mengharap pada Allah.. Kita akan tengok kehidupan kita ini berjalan dari satu peringkat kepada satu peringkat, sehingga kita bertemu Allah.

Cara Atasi Masalah Anak Kurus Kering & Selalu Sakit Di Taman Asuhan

Sebagai ibu bapa, kita tentu akan berasa risau kalau anak kita terlalu kurus dan selalu saja sakit bila dihantar ke tadika ke taska ataupun rumah pengasuh yang menjaga selain dari anak kita.

Sadness

Hal yang sama berlaku kepada Puan Sylvia & Puan Irayantie dari Kota Kinabalu.

Alhamdulillah, mereka kini tidak perlu risau lagi, masalah mereka telah dapat di atasi,

Boleh klik video di bawah untuk mengetahui rahsia kedua-dua ibu penyayang ini.

Video ini hanya selama 1 minit 38 saat

Ingin dapatkan konsultasi percuma untuk masalah anak anda? Boleh hubungi saya dengan gembira.

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima 

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

SMS/WhatsApp 012 658 4283 untuk keterangan lanjut atau pun untuk mendaftar sekarang!