Kepentingan Makanan Tambahan.

Kali nih Roe nak berbicara mengenai Makanan Tambahan atau pun lebih dikenali sebagai Supplement.

Vitamin

Vitamin/Makanan Tambahan

 Tahukah anda apa yang di maksudkan dengan “supplement” ?  Mengikut kamus maksud supplement adalah “Sesuatu yang kita tambah ke atas sesuatu untuk menjadikan sesuatu itu lebih sempurna”.

Huh… aper kebenda punya ayat tuh?? Haaa meh sini baca huraiannya meh…

 Kita hendaklah memastikan diet harian kita “complete” dan hanya selepas itu apa jua “food supplements” yang diambil akan membawa kesan yang terbaik. Jika makanan harian kita terdiri dari “junk food” (selalu diterjemahkan sebagai “makanan ringan” atau “snek”. Salah, “junk food” patut diterjemahkan sebagai “makanan sampahan” yang bermaksud tidak berguna untuk kita sebenarnya) serta minuman bergas (yang terlalu banyak kandungan gula) maka “bergantang-gantang pil, vitamins, minuman bertenaga” yang diambil sebagai “food supplement” tidak boleh menampung kekurangan dalam makanan harian kita itu.

Jadi asas utama, sebelum mahu memastikan apa-apa makanan tambahan yang diambil itu berkesan, pastikan makanan utama yang kita ambil,seimbang terlebih dahulu.

Sekiranya anda menyempurnakan tugas pertama ini, maka InsyaAllah, apa jua food suplements yang diambil akan memberi kesan yang bagus.

Ambillah mana-mana supplement yang anda yakin berkesan dan bila ambil, cuba amalkan secara konsisten, iaitu berterusan dan bukan sekali sekala. Ia bersifat tambahan.

 

Kesihatan anda, anda tentukan.

Ekzema Hilang Dengan Set Breastfeeding Shaklee

ekzema dah setpenyusuan

Selain dari susu beliau bertambah pekat, ekzema yang dihidapi semakin berkurangan dan hampir sembuh

 

 

Ramai yang hairan dan tertanya-tanya kenapa perlu ambil kesemua supplement dalam set penyusuan Shaklee. Kenapa bukan alfalfa saja sebagai milk booster?

Pertama, kerana Shaklee bukan produk untuk membanyakkan susu badan, sebaliknya produk kesihatan yang memberi segala kebaikan bukan saja kepada bayi, malah kepada ibu juga. Lumrah seorang ibu menyusukan mengalami stress, kepenatan malah keguguran rambut dan mungkin kerosakan gigi. Perlukah kita berkorban apa saja termasuk kesihatan dan kebajikan diri sendiri semata-mata untuk mendapatkan susu yang banyak?

Tentu sekali tidak.

Seorang pengguna tegar Shaklee sangat berpuas hati dengan set Breatfeeding yang di amalkannya.Jom ikuti perkongsian dari nanny Shaklee saya MummyLyna

http://vitaminsemulajadi.com/

Terkejut saya 3-4 hari lepas ambil set breastfeeding Shaklee ni, ecezema saya yang dah lama kat tangan ni dah tak ada. Bintik-bintik kat muke baby pun adh hilang kak.

Syukur kepada Yang Maha Esa. Selain dari susu beliau bertambah pekat, ekzema yang dihidapi semakin berkurangan dan hampir sembuh. Bukankah itu satu perkara yang lebih baik?

Ini bukan satu kebetulan. Apa yang terkandung dalam set breastfeeding yang diambil oleh sahabat kita ni memberi kesan yang baik kepada kesihatan beliau.

Adakah anda juga mengalami masalah yang sama? Tidak salah mencuba kan.

 

Jom dapatkan set-set Shaklee hari ini juga. Anda mampu mengubahnya…

Turunkan Berat Badan Dengan Shaklee

cinch shaklee

Cinch Shake Mix Shaklee merupakan makanan gantian segera untuk mereka yang sibuk dan tak ada masa nak menjaga pemakanan. Ia mengandungi serat yang tinggi dan membantu untuk rasa kenyang. Bukan itu saja, ia mengandungi nutrisi yang lengkap untuk menjaga kesihatan.

Rumusan proprietary-nya diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi isyarat kepada badan supaya memelihara otot semasa proses pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch™ Shake membantu menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot. Pendekata, berat dengan otot bukan berat dengan lemak.

Untuk mereka yang mahu menguruskan badan, dan membuang lemak yang berlebihan dalam badan. Jom amalkan pengambilan produk ini untuk menjadikan badan anda lebih ramping dan langsing, lebih bertenaga, lebih berkeyakinan dan meningkatkan kesihatan secara menyeluruh.

Produk tersebut adalah:

  • Cinch Shake Mix
  • Cinch Tea Mix
  • Lectihin

 

Untuk memantopkan lagi, anda juga boleh menambah OmegaGuard Shaklee. OmegaGuard ini akan memastikan semua lemak-lemak lama yang sudah lama tersimpan di dalam badan anta dinyahkan dengan cara yang betul.

Walau bagaimanapun, anda haru ingat ya….Ibu-ibu yang menyusukan anak,tidak sesuai ambil Cinch nih, Ini adalah kerana Cinch Shake Mix tidak sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak.

Antara alternatif untuk ibu yang menyusukan bayi tetapi ingin menurunkan berat badan dengan Shaklee, Ibu-ibu boleh mengambil Energizing Soy Protein dan Lecithin.

Istimewanya Shaklee kerana anda boleh memilih mengikut keperluan dan budget. Tak perlu nak berhabis semua benda untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Malah, jika anda mahu menjalankan ‘diet’ dengan cara mengurangkan pengambilan makanan (terutama kalori dan lemak), anda boleh dengan hanya mengambil Vitalea (multivitamin dan mineral) sebagai menyokong keperluan nutrisi harian.

Walau bagaimanapun, anda haruslah terus mengikuti konsep yang betul untuk menguruskan badan… misalnya menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Shaklee bukan produk ajaib yang menjadikan anda kurus dalam sekelip mata. Ia bertindak dengan begitu halus dengan tubuh badan anda, dan anda haruslah menyokongnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang sepatutnya.

Jom Turunkan Berat Badan Cara Sihat

Saya jamin Semua orang pasti menginginkan kesihatan yang baik dan bentuk badan yang menarik. Ini semua subjektif kepada tuan empunya diri, ada yang suka kelihatan kurus dan ada yang suka kelihatan ‘comel’. Namun, obesiti adalah sesuatu yang patut ditakuti oleh semua kerana banyaknya risiko penyakit kronik yang berkaitan dengan obesiti.

Oleh itu, ramai yang ingin turunkan berat badan dengan cepat melalui diet yang ketat. Malah, ada yang menerima kesan sampingan yang lebih teruk akibat obses kurus, iaitu anorexia. Mahu kurus, itu sangat bagus. Namun biarlah turun berat badan secara sihat, bukan secara menyeksa tubuh kita.

Tips turunkan berat badan cara sihat:

PASTIKAN!!- 5 HIDANGAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN SEGAR SETIAP HARI

Ini akan dapat menyediakan tubuh anda dengan sumber vitamin, mineral dan serat. Gabungan ini meningkatkan imuniti untuk menjaga tubuh anda untuk melawan penyakit. Serat makanan membantu membuat anda merasa kenyang di samping menjaga tahap tenaga anda supaya tetap stabil.

INGAT!! – MAKAN TIGA HIDANGAN SEHARI

Sarapan

Makan Tengah Hari

Makan Malam.

Makan secara teratur dan mengikut saranan piramid makanan. Pastikan anda mengambil karbohidrat, protein dan buah-buahan. Jika anda memerlukan snek, buah-buahan adalah snek terbaik.

Panduan Piramid Makanan Malaysia

Panduan Piramid Makanan Malaysia

PROTEIN

Pilih protein dari sumber soya, ikan, kerang, ayam atau telur bagi memenuhi keperluan tubuh anda tanpa menambah extra lemak (daging).

KURANGKAN LEMAK

Gunakan minyak zaitun untuk memasak bagi mengurangkan kolesterol.

KURANGKAN GULA

Kurangkan minum minuman bergula tinggi seperi minuman dalam tin. Kurangkan gula dalam minuman anda.

KURANGKAN PENGAMBILAN KAFEIN

Kafein mengurangkan keupayaan tubuh untuk menyerap vitamin. Ia juga merupakan stimulant sintetik. Jika anda penggemar kopi, hadkan pengambilan kepada secawan sehari sahaja.

MINUM 3-4 LITER AIR SEHARI

Air membantu serat dalam makanan anda mengembang dan melakukan tugasnya. Hal ini juga membantu untuk metabolisme nutrisi lain dari makanan anda, menjaga kulit dan rambut serta mencegah tubuh anda daripada dehidrasi.

MAKAN DENGAN TERATUR DAN JANGAN BIARKAN PERUT KOSONG

Hal ini membantu menjaga usus anda berfungsi secara berkesan. Makan yang teratur membantu menjaga enzim pencernaan, melindungi dari pengeluaran asid perut berlebihan dan membolehkan anda memetabolisme makanan dengan cara yang paling cekap, untuk menjaga tahap tenaga.

Fruit-Vegetables-Healthy-Food

Bagaimana nak turunkan berat badan cara sihat dengan Shaklee pula? Nak tau caranya??…

Sentiasa Menjadi Positif

POSITIVE

Semuanya bermula dari niat anda untuk memilih bagaimana corak kehidupan yang anda mahukan. Pemikiran kita boleh dalam keadaan positif atau negatif. Otak kita tidak boleh berfungsi serentak untuk memilih perasaan positif atau negatif sekaligus.

Kesihatan mental atau rohani adalah sesuatu yang perlu seiring dengan kesihatan fizikal. Dan ia sepatutnya seiring kerana kesihatan rohani boleh mempengaruhi fizikal. Misalnya stress membebaskan hormon yang boleh memberi kesan kepada organ dalaman, sekaligus membawa kesan buruk kepada kesihatan secara keseluruhan.

Malah sudah terbukti bahawa mereka yang positif ternyata lebih sihat, lebih cepat sembuh dan lebih panjang umur daripada orang yang sentiasa berfikiran negatif, pesimis, dan lain-lain sikap yang sempit. Mengikut kajian California Breast Cancer Research Program (CBCRP), wanita yang berpendapatan dan berpendidikan tinggi mempunyai kadar survival yang lebih tinggi dalam kanser payudara. Ini membawa maksud wanita-wanita yang lebih matang dan berfikiran positif lebih fokus kepada kembali kepada kehidupan normal, bukan setiap hari mengeluh mengenangkan nasib diri.

Berfikiran positif juga menjadi kunci untuk sentiasa sihat dan sembuh dengan Shaklee. Shaklee bukan ubat magik yang boleh menjadikan anda sihat, terus sihat dan kekal sihat tanpa sokongan dari faktor2 lain. Faktor yang paling utama ialah keimanan bahawa yang memberi kesembuhan dan kemudahan adalah Tuhan, dan Shaklee adalah wasilahnya.

Pastikan matlamat anda bukan sahaja untuk mengembirakan diri anda tetapi juga orang lain terutama orang yang berada dekat di samping anda kerana kegembiraan anda bergantung kepada sejauhmana anda dapat mengembirakan orang lain

Redha terhadap ujian Allah kerana ketahuilah semuanya adalah anugerah yang menjadikan kita insan yang lebih istimewa. Allah tidak menzalimi hambanya, sebaliknya hambalah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Bagaimana Pula Caranya Untuk Kita Sentiasa Menjadi Positif?

1. Penuhi jiwa dengan santapan rohani

Santapan rohani selain dari beribadah, berzikir, mengingati Tuhan.. juga termasuk banyak berfikir, bertanya, membaca, mengulangkaji bagi menambah pengetahuan. Makan supplement dengan pengetahuan jauh lebih baik dan berkesan daripada makan supplement buta-buta tanpa pengetahuan. Pengetahuan yang pertama ialah tentang healing crisis – krisis penyembuhan. Tanpa ilmu tentang krisis penyembuhan, seseorang itu dengan mudahnya menyalahkan supplement yang diambilnya sebagai ‘tidak serasi’, ‘tidak berkesan’, ‘buat aku jadi makin sakit’, sedangkan krisis penyembuhan adalah satu petanda yang sangat baik!

2. Jangan Memberi Alasan

Peluang menjadi sihat tidak datang kepada semua orang. Misalnya penduduk di negara miskin dan kawasan miskin, mereka tiada pilihan. Kebuluran melanda, mereka tentunya tidak boleh memilih untuk makan burger atau makan nasi. Kita di sini mempunyai peluang untuk lebih sihat dan mengamalkan cara hidup yang sihat. Misalnya pengambilan vitamin C dan vitamin E sebagai antioksidan untuk mencegah kerosakan sel hasil dari pencemaran udara. Apabila tersedia vitamin C dan E untuk dinikmati dengan lebih mudah (dalam bentuk supplement), peluang untuk kita hidup lebih sihat semakin cerah.

3. Jangan Menyalahkan Orang Lain

Apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, kita mudah untuk menyalahkan orang lain. Ini bukan saja tidak sihat, malah menjadikan kita nampak bodoh, terutama jika kesalahan itu dengan jelas menunjukkan kitalah puncanya, tapi masih nak salahkan orang. Berhenti! Ambil rasa tanggungjawab itu. Kalau kita menghadapi masalah kerana kurang minum air, akuilah itu kerana kesilapan kita, bukan orang lain. Melainkan kalau syarikat bekalan air menyekat aliran air ke rumah, mungkin kita boleh salahkan mereka.

4. Atasi..Buat, bukan keluh

Badan sakit, badan penat, badan lesu… Carilah cara untuk mengatasinya. Mengeluh setiap masa tentang kesakitan, kepenatan, kelesuan tidak akan menjadikan anda bertenaga dan sihat.

5. Ingat dan Bergantunglah kepada Allah

Anda mungkin dah habiskan beribu-ribu untuk mendapatkan kesihatan yang optimum, tapi masih juga sakit. Maka kembalilah kepada yang memberi nikmat sihat dan ujian sakit. Seperti yang saya katakan, rohani dan fizikal saling berkaitan. Anda cuma mengambil supplement untuk tubuh, tapi lupa supplement jiwa. Roh kita bukan saja perlukan supplement, tapi makanan2 asas untuknya. Ini tidak, tubuh kita saja yang makan macam2, supplement macam2… tapi roh kebuluran. Pastikan semuanya cukup makan ya.

TIPS HIDUP CERIA

Insya-Allah, anda akan berasa lebih tenang, lebih yakin dan lebih positif. Yang pastinya dengan berfikiran positif, anda akan berasa lebih sihat!

Turunkan Bacaan Jaundice Tanpa Perlu Warded Bayi

jaoundicebaby

KUNING!!! JAUNDICE!!!!

Ini adalah 2 nama yang membawa kepada 1 penyakit yang WAJIB kena kepada bayi-bayi yang baru lahir. Anak-anak saya yang 4 orang itu pun semuanya kena penyakit ni tau… Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang  akan rasa betapa stressnya bila keadaan ini menyerang.

Tips nak tengok kuning tinggi ke tak, tengok je kat mata putih baby, kalau kuning kat situ, maksudnya tinggi lah tu, memang kena bawa ke klinik kesihatan & kalau bacaannya tinggi, kena pula bawak balik hospital, silap hari bulan kena warded… haduih… dah lah kita nih sakit bersalin pun tak reda lagi, nak kena jaga bayi dalam wad pula. Haduih….

 

Ok meh sini sayan nak bagi tips tuk turunkan bacaan kuning anak tanpa perlu duduk wad.

Kalau boleh masa baru lahir jangan lah bagi pakai baju warna kuning ke, oren ke, senang nak tengok warna kulit baby. Ada baby kulit dia kuning habis tau bila tinggi sangat jaundice nya.

Orang tua- tua bagi petua, untuk anak kuning, jemur bawah cahaya matahari sebelum pukul 10 pagi. Ada juga yang bagi petua minum susu kambing dan titiskan titisan anggur hijau ke dalam mulut baby.

Tu semua untuk kasi baby kencing dan berak kerap. Bila kerap buang najis, billirubin tu akan keluar sekali lah ikut najis baby.

Tapi tak semua baby bernasih baik gitu. Ada yang dah macam- macam cara buat, pun bacaan kuning masih tinggi.

Sebenarnya ada rahsia berkaitan produk Shaklee yang tersimpan rapi mengenai penyakit jaundice n, saya pun dapat tahu mengenai rahsia ini melalui blog mummy saya iaitu http://diaryofmuhammad.com/

Tq my mummy for sharing the Tips… Jom kit abaca apa yang mummy saya share dalam blog dia…

Bukan apa, ramai di kalangan distributor menyebarkan ajaran yang produk tersebut tak boleh di ambil jika anak kuning, dengan alasan ia nya herba.

Tapi real case membuktikan sebaliknya.

Produk apa kah itu?

Jeng jeng jengggg

Ianya adalah… Alfalfa Complex Shaklee!!

Zemanta Related Posts Thumbnail 

Alfalfa semasa hamil

Untuk ibu yang pernah ada sejarah anak pertama dan kedua kuning tinggi, saya suka nak cadangkan ambil lah Alfalfa di hujung kehamilan. Bukan sepanjang kehamilan tau. Cukup lah bulan ke-8 ke atas.

Ada senior saya buat camtu.

Kisahnya, sebelum dia berkenalan dengan Shaklee, masa anak pertama dan anak kedua lahir, bacaan jaundice sangat tinggi sampai terpaksa warded.

Tapi Alhamdulillah selepas berkenalan dengan Shaklee dan amalkan Alfalfa masa hujung pregnancy anak ketiga, Alhamdulillah yang anak ketiga ni tak kuning

Alfalfa untuk baby kuning

Asalnya saya tak tahu pun kalau baby dah ada kuning, Alfalfa boleh membantu. Kawan saya prove it.

Dia beli set pantang dengan saya, ai terlupa lah nak cakap Alfalfa toksah makan dulu >_<

Rupa- rupanya dia dah makan right lepas bersalin walaupun anak dia kuning tinggi. Dan alhamdulillah, bacaan kuning anak dia drop selepas makan Alfalfa!

 

Seorang lagi kawan saya, anak dia prolonged jaundice. Dek tak tahan anak asyik nak kena cucuk sana – sini untuk cek bacaan kuning, dia pun tawakkal lah makan Alfalfa.

Dan Alhamdulillah, bacaan kuning anak dia turun!

Yang memberi kesembuhan adalah Allah. Kita hanya berusaha menggunakan Alfalfa

Macam mana Alfalfa membantu jaundice?

Mula- mula, kita kena tahu ape benda jaundice ni.

Kenapa jadi kuning? 

Jaundice ni berlaku sebab billirubin terlalu banyak. Billirubin adalah toksik yang terhasil dari sel darah merah yang kehilangan oksigen. Ia berwarna kuning atau oren. Tu yang kita panggil kuning tu

Senang cerita camni, sel darah merah mengangkut oksigen ke setiap bahagian badan kita. Setiap sel dalam badan kita termasuk sel darah merah akan mati dalam masa beberapa hari.

Sel darah merah ni akan sampai waktu, dia akan mati bila oksigen dah takde dalam sel tu. Sel ini akan jadi billirubin. Sepatutnya billirubin ni akan pergi ke organ hati. Hati akan proses billirubin ni.

Kemudian billirubin yang di proses akan dibuang sebagai najis atau air kencing. Najis baby yang warna gelap adalah sebab ianya mempunyai kandungan billirubin. Maksudnya, hati baby tu berfungsi dengan baik lah.

Orang dewasa pun sama, kan najis kita warna gelap, tu sebab billirubin lah tu.

Untuk kes baby kena jaundice, masa dalam rahim ibu, billirubin baby dimusnahkan oleh hati ibu. So takda isu. Tapi bila dah lahir, hati baby terpaksa musnahkan billirubin ni sendiri.

Masalahnya ada baby hati dia tak berapa matang atau tak berapa kuat, jadi hati tu tak dapat nak proses sendiri billirubin dia. Maka terjadi lah masalah terlalu tinggi bacaan jaundice.

Ini juga menjadi masalah utama kepada bayi pra- matang, hati bayi pra-matang adalah belum betul- betul matang. Sebab tu pre-mature baby kebanyakannya akan kena jaundice.

Bagaimana Alfalfa membantu?

Alfalfa bagus untuk kesihatan hati. Ia menguatkan hati ibu dan hati baby. Kalau ambil di hujung kehamilan, insya-Allah ia bantu kuatkan hati baby so that bila baby lahir, hati baby tu dapat proses sendiri billirubin dia

Untuk ibu yang tak ambil Alfalfa semasa hamil, dan baby kuning, ibu tersebut disarankan untuk menyusukan anak dan ibu ambil Alfalfa.

Alfalfa yang disalurkan melalui susu ibu ni akan bantu  kuatkan hati baby tadi, dan seterusnya hati yang kuat dapat musnahkan billirubin yang banyak.

Dan hasilnya?

Alhamdulillah dapat lah result macam 2 orang kisah kawan saya dalam pantang bersama anak jaundice tadi.

Sorang anak jaundice terus turun kuning lepas 3 hari makan Alfalfa.

Sorang lagi anak prolonged jaundice, dan Alhamdulillah lepas ibu ambil Alfalfa, jaundice anak turun

Ibu- ibu yang anak ada jaundice belum turun atau susah nak turun, jom lah dapatkan Alfalfa.

Kegunaan lain Alfalfa

 

Alfalfa ni bukan saja untuk jaundice, tapi juga bagus untuk rawat keputihan ibu, turunkan bacaan kolesterol ibu dan ayah, rangsang penghasilan susu ibu (bagus ni anak jaundice kena menyusu kerap), bertindak seperti kacip fatimah, dan banyak lagi

Harga nya adalah sangat berpatutan Hanya RM 63 untuk 330 biji termasuk poslaju

Order Alfalfa anda sekarang!

SID-1065293

Promosi Bulanan Shaklee : GLA Untuk Bulan Ogos

Lama rasanya Roe tak post pasai Promosi!! Kan… Hehe…

OK tuk pengetahuan semua, Setiap bulan Shaklee akan mengadakan promosi produk, berbentuk beli 6 botol, dan dapat percuma 1 botol.

Untuk Bulan Ogos 2014 n, promosi dari Shaklee adalah supplement GLA.

Beli 6 botol GLA, dan dapatkan 1 botol percuma.

 promogla

 

 

 

 

 

 

 

Buy 6 Free 1 GLA

GLA merupakan nama pendek untuk Gamma Linoleic Acid.

Oh, ia tak berasid, nama je macam tu.

GLA adalah supplement kewanitaan. Ia berkait rapat dengan membetulkan masalah hormon wanita.

Sebab itu, wanita yang mempunyai masalah period tak stabil, masalah period lambat datang, senggugut semasa period, masalah menopause, semua ini sangat bagus untuk amalkan GLA

GLA akan bertindak membetulkan masalah hormon di dalam tubuh wanita.

Biasanya kita perlukan 2-3 botol GLA untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Harga untuk sebotol GLA hanya RM 91.25

Untuk order, anda boleh hubungi saya:

SID-1065293

KELEBIHAN GLA COMPLEX SHAKLEE

GLA

1. Mengawal hormon estrogen dan testosteron.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

2. Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.

Fungsi borage :
– merawat ulser
– mengeluarkan virus
– melegakan kelesuan
– membersihkan kahak
– meringankan kebas urat saraf
– meningkatkan stamina

  3. Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4. Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

5. Mencantikkan kulit

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6. Mencantikkan rambut

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7. Pelangsingan

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8. Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9. Menghalang komplikasi diabetes

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

  10.Menghalang tekanan darah tinggi

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri – dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot – salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

  11. Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

12. Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)

Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

Anda ingin mendapatkan GLA Complex Shaklee?

SID-1065293

Petua selsema untuk bayi dan kanak-kanak.

kunyit hidup

 

 

 

 

Petua 1: Sediakan kunyit hidup dan bersihkannya. Asah kunyit tadi pada sesuatu – lebih elok kalau diasah pada bahagian bawah pasu, menurut petua tradisional melayu.

Sapukan hasil asahan tadi ke batang hidung bayi. Waktu yang sesuai adalah selepas bayi dibersihkan seperti lepas mandikan bayi pada sebelah pagi dan petang dan seeloknya ketika bayi tidur.

Selalunya selsema akan membuatkan bayi meragam dan tidak selesa kerana hidung tersumbat. Dengan cara ini, bayi dapat tidur dengan lebih selesa kerana selsemanya akan cepat kering dengan bantuan sapuan halia tadi.   Cuba amalkan selama beberapa hari, insya-Allah selsema akan sembuh sepenuhnya.

daun sirih

 

 

 

 

Petua 2: Sediakan 3 helai daun sirih.  Sediakan juga sebiji limau nipis. Belah dan perah limau nipis tadi untuk mendapatkan air perahan. Campurkan perahan limau nipis dengan air sirih dan biarkan seketika. Sapukan air campuran tersebut ke dada dan leher kanak-kanak yang terkena selsema.

Bagi mereka yang sering terkena selsema pula, cuba amalkan petua elak selsema ini:

1.  Mandi dengan air suam pada sebelah petang.  Air sejuk akan menjejaskan kesihatan badan.

2. Amalkan minum air halia, seminggu sekali.

3. Bersihkan hidung setiap kali mandi. Caranya masukkan air ke dalam hidung. Tahan selama lebih kurang 5 saat dan kemudian hembuskan. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali setiap kali anda mandi.

Dengan izin Allah, penyakit selsema dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya tidak kerap seperti dulu.

Cegah Batuk dan Selsema

•	Demam, batuk atau selsema sering disebabkan oleh jangkitan virus

• Demam, batuk atau selsema sering disebabkan oleh jangkitan virus

Haduih… ini lah antara 2 jenis penyakit yang ssusah sangat nak hilang bila dah terjangkit. Kita yang dewasa pun rimas, inikan pula anak-anak kita yang kecik laie tuh…

Kesian melihatnya bila asyik batuk sahaja terutama ketika waktu malam.  Kalau dibiarkan boleh melarat menjadi batuk berkahak dan demam. Kadang-kadang kalau dah teruk sangat terpaksalah mendapatkan rawatan dengan doktor. 

Walau bagaimanapun, penggunaan ubat batuk untuk kanak-kanak adalah tidak digalakkan kerana :

  • Demam, batuk atau selsema sering disebabkan oleh jangkitan virus.Anak akan beransur pulih dengan sendiri berdasarkan ANTIBODI mereka sendiri tanpa perlu pengambilan apa-apa jenis ubat-ubatan. 
  • Apa yang diperlukan oleh anak ialah rehat dan pengambilan air yang secukupnya.
Sebenarnya agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema

Sebenarnya agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema

Sebenarnya agak susah bagi doktor untuk mencadangkan ubat yang sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami batuk dan selsema. Antara sebabnya:

  • Sekiranya jangkitan yang disebabkan virus,antibiotik tidak sesuai kerana ia dicipta untuk membunuh bakteria..
  • Antiviral pula memang dicipta untuk membunuh virus tetapi ada kesan sampingan yang merbahaya.Jadi ia tidak diluluskan sebagai ubat untuk merawat gejala selsema batuk ini.
  • Nasal Spray pun tidak sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak
  • Ubat batuk pula sebenarnya tidak sesuai untuk kanak-kanak especially yang Berumur 2tahun kebawah.Sememangnya ada kajian menunjukkan ia gagal menyembuhkan batuk kanak-kanak.

Batuk dan selsema ialah satu gejala yang dihasilkan oleh sistem imunisasi badan kita iaitu salur pernafasan hidung dan tekak dijangkiti oleh virus penyebab selsema.Umumnya kita akan cuba menentang virus selsema ni dan gejala ini akan dialami dalam 5-7 hari. Sebenarnya batuk dan selsema ni tak boleh sembuh dengan pengambilan ubat. Doktor biasanya akan bagi ubat untuk kita berehat dan pulihkan sistem imunisasi badan kita.

Namun sebagai ibu bapa kita perlu menanamkan konsep ‘prevention is better than cure’ untuk anak-anak. Kita perlu memastikan anak kesayangan kita mendapat nutrisi yang cukup dan lengkap.

 

Jom kita tengok antara vitamin semulajadi yang boleh kita sediakan untuk anak-anak syurga kita sebelum mereka di serang virus yang tidak di undang ini,

Omega Guard 

  • Meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan dapat merawat demam selsema dan batuk .
  • Omega 3 ini mempunyai sifat anti radang dan anti inflamasi jadi ianya amat berkesan untuk mengurangkan serangan asma pada kanak-kanak dan mengurangkan penggunaan inhaler
  • Membantu dalam perkembangan otak kanak-kanak, kajian menunjukkan kanak-kanak yang mula mengambil omega 3 lebih awal ternyata otaknya lebih cergas.
  • Dapat merawat penyakit eczema dari dalam, biasanya ibu-ibu ambil alternatif utk menyapu ubat luaran sahaja tetapi beberapa lama kemudian akan muncul kembali. Dengan pengambilan omega 3 dapat mengelakkan masalah eczema.
  • Dengan pengambilan Omega 3 juga didapati kanak-kanak lebih cergas dan aktif dan membantu meningkatkan fokus kanak-kanak semasa belajar.

Nutriferon

  • Melindungi dari Influenza, selsema
  • Membantu seimbangkan respon alergi terhadap persekitaran dan pencemaran udara.
  • Berkesan melindungi virus mikrob seperti selesema, alergi dan inflamasi dan influenza
  • Bagus untuk immune booster pada keadaan ketika cuaca tidak menentu, jerebu dan sebagainya
  • Sangat sesuai diamalkan jika kerap mengunjung ke tempat yang sesak seperti pasar malam, pasaraya, kawasan pelancongan dan berada di luar negara.
  •  Mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag
  • Sesuai untuk yang kerap demam dan batuk lebih dari seminggu

Meal Shakes

Meal Shakes merupakan makanan segera yang rendah lemak dan rendah-glycemic. Rasanya juga enak serta boleh dibancuh dengan mana-mana hidangan atau snek lain. Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh kanak-kanak untuk membesar, kuat dan sihat.

Mencegah lebih baik dari mengubati. Sayangilah anak-anak kita. Sesungguhnya harta yang paling bernilai ialah anak. Rawatlah batuk dan anak kesayangan kita dari awal sebelum ia melarat menjadi serius.

SID-1065293