Naikkan Berat badan untuk Kanak-Kanak dan Dewasa

Kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Kekurangan berat badan tidak bermaksud kurus ataupun langsing. Sesetengah kanak-kanak dan dewasa, secara semulajadinya bertubuh agak besar dan mengekalkannya dengan mengamalkan diet yang seimbang serta melakukan aktiviti fizikal. Ini adalah sihat dan normal. Manakala sesetengah kanak-kanak dan dewasa pula, secara semulajadinya bertubuh kecil, namun mereka bukanlah kekurangan berat badan. Walau bagaimana pun, kekurangan berat badan yang sebenar mungkin petanda kepada masalah pemakanan, kesihatan atau emosi.

Berikut merupakan antara beberapa faktor yang mungkin menyebabkan masalah kekurangan berat badan. :

  1. Tidak makan secukupnya mengikut keperluan harian yang disarankan. Pengurangan pengambilan makanan harian biasanya berlaku lebih awal iaitu mungkin beberapa minggu atau bulan sebelumnya.
  2. Penyakit seperti jangkitan cacing.
  3. Tekanan.
  4. Senaman yang berlebihan
  5. Kurang berminat untuk makan. Ini mungkin tanda-tanda kemurungan, alahan pemakanan yang menyebabkan ketidakselesaan selepas makan, kandungan kafein yang tinggi, terlalu risau akan mengalami berlebihan berat badan ataupun penyakit berkaitan pemakanan.
  6. Peningkatan kadar pertumbuhan yang mendadak.

 

•	Menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang untuk menentukan samada ia berada dalam lingkungan yang sihat

• Menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang untuk menentukan samada ia berada dalam lingkungan yang sihat

Oleh kerana makanan kurang diambil, ibu bapa atau penjaga harus memberi makanan berkalori tinggi. Apabila menyediakan makanan, utamakan sumber lemak tambahan yang sihat seperti minyak sayuran sebagai pengganti mentega atau marjerin.  

 

Bagaimana untuk mengetahui jika anak anda mengalami kekurangan berat badan?

  • Menimbang berat dan mengukur ketinggian seseorang untuk menentukan samada ia berada dalam lingkungan yang sihat. Umur dan corak pertumbuhan juga diambil kira bagi menentukan sama ada mereka mengalami berat badan yang berlebihan. Kekurangan berat badan di kalangan kanak-kanak adalah sukar untuk ditafsirkan kerana tumbesaran  mereka tidak boleh dijangka.
Carta Berat Ideal Kanak-Kanak

Carta Berat Ideal Kanak-Kanak

 

Carta Berat Ideal Dewasa

Carta Berat Ideal Dewasa

Berikut ini beberapa tips untuk menambah berat badan dengan cepat secara alami.

1. Makan dengan kerap
Cuba untuk makan dengan kerap dalam lingkungan 5-6 kali dalam sehari namun dalam porsi kecil..Digalakkan mengambil kalori yang lebih. Mulakan dengan merancang hidangan dan snek yang berkalori tinggi mengikut setiap kumpulan makanan daripada Panduan Piramid Makanan Malaysia.

Panduan Piramid Makanan Malaysia

Panduan Piramid Makanan Malaysia

2. Mengambil makanan yang berkalori ,berprotein dan bernutrisi tinggi
Beberapa makanan yang mengandung kalori tinggi  seperi gandum.Salah satu makanan yang wajib anda ambil untuk menambah berat badan seperti kekacang, buah-buahan, sayur, dan juga protein tanpa lemak. Minum susu lemak. Adalah penting bagi anda mengambil protein, karbohidrat serta lemak dengan secukupnya bagi membekalkan tenaga untuk aktiviti, tumbesaran dan perkembangan

3. Elakkan Kafein

Elakkan pengambilan kafein, galakkan minuman berkhasiat seperti jus dan susu.

 

4.Aktiviti Fizikal

Galakkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian Sekiranya anak anda aktif bermain, pastikan dia berehat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

 

3. . Istirahat dan tidur yang cukup
Proses metabolisme tubuh anda menjadi tidak stabil apabila anda kurang istirahat dan tidur.

Dalam sebarang keadaan pun, adalah mustahak untuk  berunding dengan doktor untuk mengenal pasti masalah dan bagaimana untuk mengatasinya.

 

 

Suppliment Shaklee yang boleh membantu menaikkan Berat Badan

Meal Shakes

MealShakes

  • membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. 
  • tinggi kandungan kalsium, fiber dan protein. 
  • berperisa vanila, mudah untuk ubahsuai rasa mengikut kehendak anda

 

Vitalea

Zemanta Related Posts Thumbnail

  • membekal 23 jenis vitamin penting bersama zat besi ,iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • membantu mencantikkan kulit wajah serta pertumbuhan kuku & rambut yang sihat dari akarnya.
  • Zat besi mengelakkan kelesuan, pitam dan pening yang sering dialami oleh mereka yang kurang berat badan kerana oksigen tidak dapat diangkut ke seluruh badan dengan efisien. Zat besi menggalakkan penghasilan hemoglobin yang diperlukan untuk mengangkut oksigen dalam darah

 

B complex

B-Complex

B-Complex

  • mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan
  • mengawalatur kadar metabolisme dalam badan
  • menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular
  • mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan *meningkatkan sistem pertahanan badan.

 

Jom dapatkan berat badan yang ideal melalui pemakanan dan cara hidup yang sihat !

Hari #16 :Sesuatu yang saya Rindui| Cabaran 30 Hari Entry

Haaaaaa…. Lame giler dah tak mencatatkan catatan tuk Cabaran 30 Hari Entry…. Sorry mumyyyy….

Hurm… aper erkk agaknya yang saya rindukan… Kalu ikotkan mmg banyak lah kan… bak kata pepatah “Andai dapat ku undurkan waktu…”

Ok lah nak citer pasai satu nih… Saya rindukan Zaman kecik-kecik dulu… Zaman membesar yang memang serronok sungguh rasanya. Iya lah kan, masa tuh mana ada kita fikir pasal nak kemas rumah ker… nak masak ker… nak bayo hutang ker kan…ekekeke…. Aper yang penting masa tuh is main ngan kengkawan aaa aper lagi kan…

Dari celik mata sampi lah pejam mata balik (tido aaa tuh)…

Mula faham erti kawan-kawan nih masa tinggal di kawasan setinggan kat Kampong Pandan. Rumah pulak masa tuh mmg dekat-dekat dengan ruman jiran. Depan rumah ada jalan raya.. Kecik jerk pun.. muat lah sebijik kereta… depan tuh pulak ada lombong. Tapi lombong dulu tak macam lombong la nih… Lombong dulu agak ok laie aaa… tak sebahaya lombong la nih…

 
 

selipar

 

Zaman saya kecik-kecik dulu semonok tau… dapat main “mak-mak” mmg akan main dari pagi smpi ke petang ler… Selagi mak tak panggil makan tengahari ker… minum petang ker.. memang tak balik aaa… sakan mainnya. Dah jemu main lempar selipar pulak… susun selipar ala2 kon 3 segi tuh.. then apek selipar, lembaq kan… haaa… pas tuh aper lagi… lariiiiii….akakakak…. tak pandai elak kalu, mmg kena aa ngan selipar tuh…

Ha.. ini lah rupa getahnyaaa...

Ha.. ini lah rupa getahnyaaa…

Main getah.. “Zero Point”… haa pernah dengar tak?? Dari getah tuh kat bawah..(lantai) sampi ler ke kepala… haa.. lompat..jgn tak lompat….

Lagi main aper erkk.. haaa… main kawen-kawen… ekekeke… dok abih ler pokok bunge makcik-makcik sekitar tuh, dok jadikan perhiasan.. almaklum lah… pengantin…ekekeke….

Sorry aaa entry kali nih gambar yg ada semua di amek kat Pakcik Google jerk… almaklum aa dedolu susah nak ada kamera….

Hurm.. itu jerk lah perkongsian saya tuk tajuk kali nih….ok baiii..

Air Kecil/Air Kencing

 

Apa ada pada air kencing?

Apa ada pada air kencing?

Apa ada pada air kencing? Banyak. Mungkin ramai tidak sedar air kencing boleh mendedahkan banyak perkara khususnya soal kesihatan dari pelbagai segi sama ada kekerapan buang air kecil, kuantiti, warna, bau dan kelajuan ketika ia keluar.

Pernahkah kita memberikan sedikit perhatian kepada perkara ini atau langsung tidak peduli? Cuba bayangkan, apa akan terjadi sekiranya kita tidak boleh buang air kecil. Jika sehari kita mungkin ‘ok’ lagi, tetapi bagaimana keadaannya jika berlanjutan selama tiga hing­ga empat hari?

Itu belum masuk bab kehilangan keupayaan menahan kencing sehingga berlaku kebocoran apabila bangun daripada duduk, bersenam, batuk, bersin mahupun ketawa. Masalah lemah kawalan pundi kencing yang banyak berlaku pada wanita ini bukan saja merumitkan kehidupan, malah turut memberi kesan psikologi sehingga ada yang hilang keyakinan pada diri sendiri.

Secara purata, kita buang air kecil enam hingga lapan kali sehari. Namun kekerapan buang air kecil juga tertakluk kepada jumlah dan jenis minuman diambil. Lebih banyak kita minum, lebih kerap kita berulang ke tandas.

Malah, individu yang banyak minum kopi atau mengambil ubat tertentu seperti ubat untuk tekanan darah tinggi juga kerap kencing kerana ia mempunyai sifat diuretik – yang membuatkan anda sukar untuk berjauhan dengan tandas.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung 350 hingga 550 militer air kencing pada satu masa. Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter.

Kerap buang air kecil pada waktu siang adalah perkara baik kerana ini proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksin dan bahan buangan daripada badan. Namun keadaan akan jadi tidak normal jika kita terpaksa bangun melebihi sekali pada waktu malam untuk buang air kecil.

Kekerapan, rasa terdesak dan berulang kali terpaksa bangun tengah malam adalah tanda penting yang menunjukkan seseorang itu ada masalah pundi kencing terlalu aktif. Bayangkan kesukaran yang akan kita alami jika ada masalah ini dan terpaksa berulang ke tandas melebihi lapan kali dalam tempoh 24 jam kerana desakan untuk buang air kecil tidak boleh ditangguh.

Bayangkan pula apa kesan­nya kepada kualiti hidup orang yang ada masalah ini. Kebanyakan pesakit mengambil pendekatan mengurung diri di rumah kerana sedar mereka tidak berupaya menahan kencing. Daripada terkencing dalam seluar dan memalukan diri sendiri, lebih baik mengasingkan diri di rumah.

Jika mahu membuat pemeriksaan kesihatan, kita akan diminta untuk menjalani dua ujian asas iaitu ujian darah dan air kencing. Ujian air kencing sudah digunakan sejak beratus-ratus tahun dulu sebagai satu cara memeriksa kesihatan kerana banyak bahan yang ‘berlegar’ dalam aliran darah termasuk bakteria, yis, berlebihan protein dan gula akan menamatkan perjalanan mereka dalam air kencing, kata Timbalan Pengerusi Jabatan Urologi Universiti Kansas, Dr Tomas Griebling.

Ujian

Secara umumnya ujian air kencing digunakan bagi mengukur atau mengesan beberapa elemen iaitu:

  • Kehadiran protein (albumin) yang menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.
  • Kehadiran darah dalam air kencing. Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit.
  • Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.
  • Air kencing juga digunakan untuk ujian kehamilan.

Menurut Pengarah Pusat Uroginekologi, Pusat Perubatan dan Kesihatan Wanita Weinberg di Baltimore, Dr Mark Ellerkmann, apabila anda hamil, janin akan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) – yang dikesan oleh kit ujian kehamilan yang boleh dibeli di farmasi. Ketika hamil inilah air kencing mempunyai bau yang lebih kuat.

Biasanya ketika hamil, wanita akan lebih kerap buang air kecil. Sebabnya? Banyak. Antaranya ialah buah pinggang si ibu terpaksa bekerja lebih kuat untuk menyingkirkan bahan kumuh yang dihasilkan badan mereka sendiri dan bayi yang dikandung.

Apabila kandungan semakin besar, rahim juga akan mengembang dan menekan pundi kencing. Inilah sebabnya wanita hamil akan lebih kerap berulang ke tandas, tidak kira siang atau malam.

Sekiranya anda berusia 35 tahun ke atas, ada masalah haid yang teruk, pendarahan banyak dan kerap buang air kecil, ia mungkin ada kaitan dengan fibroid atau ketumbuhan benigna pada uterus yang menekan pundi kencing.

Terlalu kerap terkucil

Selain kekerapan buang air kecil, beberapa ciri lain seperti kuantiti, warna, bau dan kelajuan ketika ia keluar juga menjadi petanda penting dalam banyak diagnosis penyakit. Kekerapan ke tandas contohnya berbeza antara individu, ia boleh antara empat hingga 10 kali sehari selagi tidak mendatangkan masalah kepada individu berkenaan.

Namun ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kerap kencing walaupun kurang minum iaitu:

  • Pundi kencing terlalu aktif.

    Pundi kencing terlalu aktif ialah penyakit neurologi (sistem saraf) yang merendahkan kebolehan otak mengawal pundi kencing dan meningkatkan sensitiviti terhadap neurotransmiter pengecutan pundi kencing.

    Akibatnya, aktiviti pengecutan pundi kencing menjadi tidak normal dan terlalu cepat. Pada keadaan normal, seseorang buang air kecil lima hingga lapan kali sehari tetapi dalam kalangan pesakit, ada yang terpaksa berulang ke tandas sebanyak 20 kali sehari!

  • Jangkitan saluran kencing (UTI).

    Wanita lebih ramai mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) berbanding lelaki. Ini kerana saluran kencing wanita lebih pendek daripada lelaki.

    Saluran kencing membabitkan beberapa organ iaitu buah pinggang, ureter (saluran yang membawa air kencing dari buah pinggang ke pundi kencing), pundi kencing dan uretra (saluran yang membawa air kencing keluar daripada pundi kencing apabila kita buang air kecil). Jangkitan boleh berlaku pada mana-mana bahagian saluran kencing ini.

    Dalam kebanyakan kes, UTI disebabkan jangkitan bakteria daripada najis yang boleh hidup di dalam saluran pencernaan, vagina dan sekitar uretra yang menjadi ‘pintu’ masuk ke dalam saluran kencing. Bakteria ini memasuki uretra dan bergerak ke pundi kencing dan buah pinggang.

    Biasanya badan kita melawan dan menyingkirkan bakteria ini. Dalam keadaan ini kita tidak mengalami sebarang gejala. Bagaimanapun, ada sesetengah orang terutama wanita lebih mudah mendapat jangkitan.

 

  • Interstitial sistitis (keadaan yang sebabkan dinding pundi kencing mengalami keradangan).
  • Kelenjar prostat membengkak (BPH) – Masalah ini khusus untuk lelaki, terutama yang berumur 50 tahun ke atas.

Walaupun kerap buang air kecil, tetapi masih rasa tidak puas. Segera dapatkan bantuan doktor jika pancutan air kencing anda mula menjadi perlahan, tersekat-sekat, meleleh atau menitis, sakit dan pedih setiap kali buang air kecil.

  • Penyakit neurologi (termasuk strok dan Parkinson).
  •  Kencing manis.

Warna

Warna air kencing juga boleh menjadi petanda penting apabila badan kita tidak cukup air

Warna air kencing juga boleh menjadi petanda penting apabila badan kita tidak cukup air

Pada masa sama, sesekali perhatikan juga warna dan bau air kencing kita. Air kencing mengandungi pigmen urokrom yang memberinya warna kuning. Warna ini berubah-ubah setiap hari daripada kuning gelap hing­galah kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing kita.

Warna air kencing juga boleh menjadi petanda penting apabila badan kita tidak cukup air atau mengalami dehidrasi. Air kencing yang gelap biasanya menandakan badan kita kekurangan air.

Badan kita memerlukan air secukupnya setiap hari untuk membolehkan ia berfungsi dengan cekap. Jika badan kita cukup air, air kencing kita sepatutnya berwarna kuning cair, cerah, dikeluarkan dalam kuantiti yang agak banyak dan kurang berbau.

Apabila badan kekurangan air, ia akan cuba mengekalkan jumlah cecair dalam badan dengan mengurangkan penghasilan air kencing. Ini sebab­nya air kencing menjadi pekat, berwarna gelap, sedikit jumlahnya dan berbau kuat.

Adakalanya air kencing juga kelihatan seperti ada kilauan warna pelangi. Anda tidak perlu bimbang kerana sesetengah ubat boleh menukar warna air kencing menjadi sedikit hijau, biru atau jingga. Malah vitamin juga membuatkan air kencing menjadi lebih kuning.

Sesetengah makanan yang mempunyai pigmen gelap juga boleh mengubah warna air kencing. Makanan yang secara semula jadinya berwarna merah atau ungu boleh membuatkan air kencing kita berwarna sedikit merah jambu. Air kencing juga boleh menjadi jingga jika banyak mengambil makanan kaya karotin seperti lobak merah, keledek dan labu.

Bau

Air kencing kita memang ada bau tetapi biasanya ia tidak kuat. Jika air kencing anda mengeluarkan bau yang menusuk hidung, anda mungkin mengalami jangkitan atau ada masalah batu karang yang menyebabkan bau seperti gas ammonia.

Pesakit kencing manis mungkin mendapati air kencing mereka berbau ‘manis’ kerana kehadiran gula. Ini kerana badan tidak dapat memproses gula (glukos) dengan baik. Bagaimanapun, sesetengah makanan dan minuman juga boleh mengubah bau air kencing seperti asparagus dan kopi.

Masalah pembuangan air kencing boleh dielak dengan mengamalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, rajin bersenam dan mempunyai tabiat ke tandas yang baik.

Selain itu faktor penting iaitu minum air secukup­nya tidak boleh diketepikan. Secara umumnya minumlah sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari walaupun tidak berasa dahaga. Jangan lupa bahawa sup, minuman manis, kandungan cecair dalam buah-buahan juga menyumbang kepada bekalan air kepada badan.

Pada peringkat awal, anda memang kerap ke tandas tetapi ia hanya untuk sementara waktu sehingga badan dapat menyesuaikan diri dengan peningkatan jumlah air yang anda minum.

Bagaimanapun, bagi anda yang ada masalah buah pinggang, dapatkan nasihat doktor mengenai jumlah air yang boleh diambil. Sebaliknya bagi individu yang mengalami batu karang atau gout, mereka perlu minum lebih banyak air untuk mengawal penyakit.

Jangan takut untuk minum banyak air kerana kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan risiko 45 peratus kanser usus, kanser payu dara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus). Jadi jika ditanya apa ada pada air kencing, anda sudah tahu sebahagian daripada jawapannya.

Bagaimanapun, maklumat di atas hanyalah sebagai pengetahuan dan panduan. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala, pergilah berjumpa doktor dan dapatkan penjelasan serta pemeriksaan.

Bersama-samalah kita berusaha menjaga kesihatan supaya boleh menikmati hidup yang lebih selesa dan sejahtera.

Ihsan dari hmetro

Sijil Halal Shaklee Terbaru 2014

Sejak 2 menejak nih, ramai yang mempertikaikan tentang Shaklee n HALAL ke TIDAK. Alhamdullilah , setakat ini, Shaklee adalah prodak halal yang di sahkan oleh Islamic Service Of America (ISA). ISA adalah salah satu badan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

 
Untuk pengetahuan semua yang masih ragu-ragu tentang HALALnya Shaklee ni, Produk Shaklee di hasilkan dan dibungkus di USA sebelum diimport ke Malaysia. Oleh sebab itu, setiap produk ini perlu disahkan HALAL oleh badan pengeluar sijil yang diiktiraf di negara masing-masing seperti JAKIM di Malaysia dan ISA serta INFANCA (IslamicFood and Nutrition Council of America) di Amerika Syarikat. Haaa.. selepas itu, baru lah boleh masuk pasaran Malaysia… Bukan sewenang-wenangnya taw.
 
Justeru, untuk produk Shaklee ini, telah pun mendapat sijil halal yang sah daripada ISA, badan pengeluar sijil HALAL di Amerika Syarikat.
 
 
 
 
Setiap tahun Shaklee akan mendapat sijil pengesahan halal daripada ISA sendiri.  Dan bagi tahun baru 2014, pihak Shaklee telah pun mendapat Sijil Halal Terkini.
 
Sijil Halal Shaklee 2014

Sijil Halal Shaklee 2014

Semoga perkongsian ini dapat memberi pencerahan untuk mereka-mereka yang masih tertanya-tanya kat luar tuh k…

Set Berpantang Shaklee

Biasanya berpantang memang sinonim dengan jamu. Orang kata tak sah kalauberpantang tanpa jamu. Yelah… nak pulihkan badan semua supaya mengancam seperti sebelum mengandung 

Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

 

Sebelum itu, apa objektif kita semasa berpantang?

  1. Baiki tubuh yang baru lepas bersalin
  2. Sembuhkan luka dalaman & luaran
  3. Nak susu banyak, banyak dan banyak!
  4. Merapatkan apa yang longgar

 

Pendek kata… Kita nak dapatkan badan yang mengancam macam sebelum hamil (kalau boleh, nak macam hari 1st kahwin kan?).

Alhamdulillah, Set Bersalin Shaklee menawarkan semua yang di atas 

 

1. ESP           

Sejurus lepas bersalin, saya terus minum ESP yang dibancuh dengan susu sebab saya nak dapatkan kembali tenaga dan untuk memastikan perut tak kosong.

Selain memastikan kita kekal bertenaga, ESP juga bantu merangsang susu yang banyak dan pekat. Oh, tapi kalau hari pertama hingga hari ketiga lepas bersalin, susu memang tak akan memancut-mancut.

Masa ni fasa pengeluaran ColostrumColostrum ni sangat precious, walaupun tak banyak, tapi baby minum cepat kenyang. Ianya pekat dan sangat kaya dengan nutrisi untuk baby yang baru lahir. Color pun warna kuning pekat.

Gambar di bawah adalah perbandingan Colostrum dengan susu ibu biasa. Sumber dari Wikipedia.

Perbezaan antara Colostrum dengan susu ibu biasa

Perbezaan antara Colostrum dengan susu ibu biasa

 

2. Zinc Complex – (120 biji)

Ada seorang kenalan yang amalkan Zinc selepas dia czer, beritahu dalam masa 2 minggu jer luka czer pulih. Kalau nak banding dengan pati ikan haruan, kawan tu cakap masih terasa-terasa pedihnya.

Zink juga buleh :

Mengurangkan keguguran rambut

Meningkatkan sistem imun, menolong penyembuhan dan masalah jeragat

Menyembuh daya seksual dan pertumbuhan organ

 

3. Ostematrix – (120 biji)

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Bila kawan dengan Ostematrix, oh nikmatnya. Ostematrix ni mengandungi magnesium yang membantu melembutkan najis. Hasilnya?

Saya tak sembelit langsung semasa pantang anak kedua! Syukur sangat, masa anak pertama, ingat lagi seksanya sembelit, lama duduk dalam bilik air.

Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.ostematrix membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang…

4. Alfalfa – ( 330 biji)

Alfalfa ni kalau biasa kebanyakan ibu suka sebab dia milk booster. Tapi untuk saya,  saya ambil sebab nak elak sembelit. Yang saya belajar, Alfalfa ni melawas. Jadi takdelah kita rasa nak membuang, tapi susah sangat nak membuang (baca sebagai sembelit).

 

5. B Complex – (120 biji)

B Complex dikenali sebagai vitamin saraf. Kalau migrain ke, stress ke, kita digalakkan makan B Complex.

Untuk ibu dalam pantang, B Complex sangat kritikal untuk bantu membetulkan balik saraf-saraf dan urat- urat yang kembang lepas bersalin. Jangan miss, kang sakit urat di hari tua. Ia juga membantu ibu-ibu untuk kekal ceria so takde lah rasa stress masa pantang 

Mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan

 

6. Vitalea(MULTIVITAMIN) – (120 biji)

Oleh kerana masa pantang ada benda yang saya tak boleh makan, jadi Vitalea membantu untuk melengkapkan nutrisi dalam badan. Vitalea adalah sejenis multivitamin yang kaya dengan Zat Besi.

Ia juga sangat membantu kita untuk rasa cergas lagi bertenaga.

Membekalkan 23 jenis vitamin 

Meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan

Menolong memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan

Penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan

 

7. Vitamin C – (180 biji)

Vitamin C ni penting untuk ibu menyusu especially untuk elak kelenjar susu dari terluka semasa proses penyusuan.

Selain itu Vitamin C juga bagus untuk mencantikkan semula kulit yang kusam,  gabungkan dengan ESP dan B Complex, insya-Allah wajah akan jadi berseri tak macam orang dalam pantang 

Menolong mengurangkan simptom alahan

Anti Oksidan semulajadi

Menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah

 

Oleh itu, berpantang dengan Shaklee dapat membantu anda terutama ibu-ibu yang baru bersalin, yang menjalani pembedahan serta yang mengalami masalah keguguran rambut.

Namun begitu, Ibu lepas bersalin bukan saja memerlukan khasiat vitamin semulajadi dan mineral secukupnya, malah air yang mencukupi untuk memastikan sistem tubuh berfungsi secara optimum. Set bersalin Shaklee dapat membantu ibu tenang menghadapi rutin harian, dan menyediakan vitamin dan mineral asas, mempercepatkan penyembuhan luka luaran dan dalaman badan dengan berkesan (terutamanya yang melahirkan secara caesarean) dan pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

Dapatkan hari ini untuk bekalan sepanjang berpantang!

Set bersalin Shaklee pastinya set berpantang yang paling digemari

Berminat…Jom hubungi saya jom… SMS/WhatApps/Viber/WeChat….

Pengedar Shaklee Perak

Shaklee Vita-Lea Multivitamin Terbaik

Shaklee Vita-Lea Multivitamin Terbaik

Vita-Lea keluaran Shaklee merupakan Supplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan oleh penyelidik Sains terbaik Shaklee dengan harga mampu milik.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

 

Penemu Miltivitamin Pertama Di Dunia

Penemu Miltivitamin Pertama Di Dunia

Pada tahun 1915, Dr Forrest C.Shaklee telah berjaya menggabungkan kesemua micronutrient penting untuk tubuh manusia, dihasilkan dari tumbuhan segar tanpa bahan kimia. Lalu terhasillah Shaklee Vita-Lea.

Dr Shaklee telah menamakan Vitalea pada waktu itu dengan nama : Vitalized Minerals. Akhirnya Dr Shaklee telah menggabungkan kedua perkataan itu menjadi : Vita-Min

Itulah perkataan VITAMIN yang hari ini kita gunakan. Ia asalnya adalah dari perkataan Vitalized Minerals oleh Dr Shaklee.

 

Vitalized Minerals

Vitalized Minerals-MultiVitamin pertama

Kini Vita-Lea Shaklee masih lagi bertahan dan digunakan oleh jutaan umat manusia sejak lebih 90 tahun yang lepas. Ini membuktikan betapa produk Shaklee adalah selamat dan berkesan untuk manusia kerana ia telah lama bertahan dan masih digunakan dengan selamat sehingga kini.

Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik

Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik

 Produk Shaklee ini dihasilkan dengan pemantauan ketat oleh badan farmaseutikal bebas yang tidak terikat dengan Shaklee. Malah berbillion wang digunakan untuk proses Research and Development Shaklee.

Kerana itulah produk hebat seperti Vitalea dan pelbagai Produk Shaklee lain berjaya dihasilkan dan meberi kesan positif terhadap jutaan pengguna seluruh dunia.