Jenis Makanan Ini Mampu Tingkatkan Metabolisme Tubuh

Pilihlah makanan yang tepat dan sesuai dengan keperluan diet Anda

Pilihlah makanan yang tepat dan sesuai dengan keperluan diet Anda

 METABOLISME tubuh berperanan besar bagi mereka yang sedang menjalankan diet.

Ini adalah kerana kebanyakkan orang yang sedang dalam usalah untuk berdiet, namun tak menampakkan pun hasilnya. Ini adalah di sebabkan metabolisme tubuh yang bekerja secara lambat sehinggakan makanan yang berada didalam tubuh kita tidak terserap dengan baik.

Maka dari itu amat lah penting untuk memastikan makanan yang kita ambil, dapat diproses dengan cepat. Jom kenali jenis-jenis makanan yang dapat menyihatkan badan kita di samping memastikan kita mendapat berat badan yang ideal.

1. Produk susu

Sumber kalsium yang baik untuk badan kita

Sumber kalsium yang baik untuk badan kita

Susu rendah lemak, yogurt dan keju merupakan sumber kalsium yang baik untuk badan kita.Ia juga baik untuk metabolisme tubuh. Diet yang disertai 3-4 sajian produk susu membantu seseorang untuk turun berat badan lebih cepat.

2. Ikan
Minyak ikan mengandungi lemak omega-3 yang baik terhadap leptin. Ini merupakan hormon yang mengatur kadar metabolisme dalam tubuh sehingga dapat menyaring apa yang diperlukan tubuh dan zat mana yang patut dibuang.

3. Cili

Komponen dalam cili dapat meningkatkan denyutan jantung

Komponen dalam cili dapat meningkatkan denyutan jantung

Komponen dalam cili dapat meningkatkan denyutan jantung sekaligus mempercepat metabolisme tubuh. Makanan pedas lainnya seperti lada, dapat meningkatkan metabolisme selama 25% selama tiga jam. Amat lah penting untuk anda mengatur masa makan dengan baik.

4. Protein

Daging, ayam dan ikan merupakan beberapa sumber protein yang secara signifikan dapat mempercepatkan  kerja metabolisme dalam tubuh. Protein dapat membantu dalam proses pembakaran lemak lebih cepat dan mengekalkan kepadatan  otot.

5. Teh hijau

Minuman ini mengandung ECGC yang dapat membantu otak dan sistem saraf bekerja lebih baik

Minuman ini mengandung ECGC yang dapat membantu otak dan sistem saraf bekerja lebih baik

Minuman ini mengandung ECGC yang dapat membantu otak dan sistem saraf bekerja lebih baik sehingga mempengaruhi kerja metabolisme menjadi lebih baik.

Pilihlah makanan yang tepat dan sesuai dengan keperluan diet Anda. Aturlah keseimbangan makanan yang masuk ke dalam tubuh, khususnya yang berimpak baik terhadap metabolisme tubuh agar mendapat hasil diet yang maksimal.

Apa Itu Metabolisme ?

Metabolisme merupakan satu istilah yang mana ianya digunakan untuk menerangkan bahawa berlakunya tindak balas kimia yang berlaku di dalam badan supaya badan manusia stabil. Dalam bahasa mudahnya adalah penukaran dan penyerapan bahan makanan (bahan yang anda makan) kepada tenaga.

 

Makanan yang boleh meningkatkan kadar metabolisme

Makanan yang boleh meningkatkan kadar metabolisme

Anda jangan pelik sebab ada sesetengah orang kurus sebenarnya adalah disebabkan kadar metabolisme dia yang tinggi meskipun dia makan banyak. Makanan yang dimakan dengan cepatnya bertukar menjadi tenaga manakala yang tak jadi tenaga itu akan menjadi sisa toksik seperti tahi, air kencing dan sebagainya.

 

Jadi, untuk mempercepatkan kadar metabolisme ini berlaku, ada beberapa makanan yang boleh anda ambil. Antaranya adalah:

 1. Teh Hijau

2. Yogurt

3. Almond

4. Kopi

5. Ayam turkey/ayam belanda

6. Epal

7. Bayam

8. Kekacang

9. Brokoli

10. Kari

11. Susu soya

12. Oat

13. Kayu manis

14. Jalapenos/cabai muda

15. Grapefruit-grapefruit ini bukannya buah anggur tapi bila di Google, bentuk dan rupanya seakan-akan buah limau bali tambun. 

Sumber Facebook Kevin Zahri

Keajaiban zikir Al-Wahhab

 

Yang Sentiasa Memberi

Yang Sentiasa Memberi

Kehebatan zikir ini sangat-sangatlah luar biasa. Hanya mereka yang dah mencuba & mengamalkannya sahaja yang dapat mengakuinya… 

Macam saya gaks aass.. selepas saya mengamalkannyer, rahsia kehebatan zikir ini baru saya sedar. Di usia yang sentiasa bertambah n, alhamdullilah banyak info-info yang dapat saya pelajari dalam kumpulan saya.

Perjalanan hidup kita tak selalunya indah. Ada masa kita rasa seronok, ada masanya rasa grumpy, ada masa kita rase downnn sesgt… aper-aper pun kita kena pandai aa tackle perasaan kita tuh sendiri…Kalu buleh cuba tuk buangkan jejauh cas2 NEGATIVE & perbanyakkan cas2 POSITIVE kay.

Untuk memantopkan lagi kehidupan kita, jom kita jadikan amalan untuk berzikir dengan Zikir YA-WAHHAB.

 

Al-Wahhab

Al-Wahhab

Maksudnya:

AL-WAHHAB, Yang Sentiasa Memberi. Allah s.w.t.mencurahkan rahmatNya ke atas makhlukNya.Dia Maha Pemberi.

Rahsia kehebatannya:

 

Dia Maha Pemberi

Dia Maha Pemberi


1->Menjadi Kaya dan Terkenal

Bila membaca Ya Wahhab 300 kali setiap hari atau selepas setiap solat fardhu,insya Allah anda akan dikurniakan kekayaan,kemakmuran dan kemasyhuran.Jika anda mengamalkan solat sunat Dhuha dan membaca Ya Wahhab 41 kali di sujud yang terakhir,insya Allah anda akan dirahmati dengan harta yang banyak.Peluang akan datang dengan mudah sekali.

 

2->Permintaan dimakbulkan

Siapa yang membaca Ya Wahhab 7 kali sebelum meminta sesuatu,insya Allah permintaanNya akan diperkenankan.Jika dibaca 100 kali dengan tangan menadah ke langit,doa anda akan dimakbulkan.

 

3->Mencari pekerjaan

Siapa yang tidak mempunyai pekerjaan atau sangat miskin,hendaklah dia mengamalkan solat sunat,kemudian sujud dan membaca 70 kali Ya Wahhab.Dia akan mendapat makanan tanpa disangka-sangka(dari kawan,jiran atau seumpamanya).

 

4->Membayar hutang

Jika anda mempunyai hutang yang banyak tetapi tidak ada wang untuk membayarnya,kerjakanlah sembahyang sunat hajat atau nafil 2 rakaat selepas tengah malam setiap Khamis selepas Maghrib dan Isyak,kemudian memalingkan wajah ke langit dan membaca Ya Wahhab 111 kali.Kemudian hendaklah dia membaca Al-Fatihah dan ini hendaklah dilakukan 3 malam berturut-turut(tiga Khamis).Insya Allah keperluan anda akan tersedia dan hutang akan dapat dilangsaikan.


5->Menjauhi kelaparan

Baca Ya Wahhab 41 kali di sujud terakhir solat Zuhur,insya Allah anda tidak akan merasa lapar.


6->Dimakbulkan doa

Baca Ya Wahhab 7 kali selepas berdoa pada bila-bila masa,kemusykilan anda akan terjawab dan permintaan anda akan diperkenankan,insya Allah.


7->Membebaskan diri

Jika ditangkap oleh musuh atau pendapatan anda tidak mencukupi,bacalah Ya Wahhab 100 kali selama 3 hingga 7 malam selepas solat sunat nafil 2 rakaat di tengah malam.Insya Allah anda akan berasa bebas atau mendapat rezeki yang banyak.

Untuk permulaan kita boleh praktis amal dalam 100x sehari, esok lusa kita up lagi. Lama-lama inshaaAllah zikir a-wahhab ini akan jadi amalan kita

Exclusive – eBook

Khas untuk mereka-mereka yang membeli sebarang Set Shaklee dari saya, anda akan mendapat eBook yang sungguh menarik sebagai hadiah dari saya.

eBook ini tidak terdapat kat tempat lain… Exclusive tuk Team saya sahaja. Nak jadi sebahagian dari Team saya? Jom Join kami dengan KLIK SINI sahaja.

eBook Cara Makan Vitamin Shaklee dengan Betul

eBook Cara Makan Vitamin Shaklee dengan Betul


eBook- Resepi Masker dengan vitamin Shaklee

eBook- Resepi Masker dengan vitamin Shaklee

 

eBook- Rahsia membanyakkan Susu Ibu (TERLARIS!!!)

eBook- Rahsia membanyakkan Susu Ibu (TERLARIS!!!)

 

Hubungi saya , Rohimaiza Abdol Rgani untuk mendapatkan info lanjut. Nonya 012-658 4283 yer.

 

Shaklee Halal ke Tidak???

Mesti ramai di luar sana tertanya-tanya kan Shaklee nih Halal ker Tidak?? Macam saya memula nak try Shaklee dlu aaa… bukan aper kan dah jadi kewajiban umat Islam sebelum menggunakan sesuatu produk wajiblah dikenalpasti halal ataupun haramnya.

 So Sudah tahukah anda ia halal atau haram? Sila rujuk Sijil Halal  Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.

 

Sijil halal Shaklee

Sijil halal Shaklee

 

Semua sedia maklum JAKIM adalah badan bertauliah yang diberi tanggungjawab mengawal selia dan meluluskan kehalalan tidak kira apa produk sekali pun yang akan diguna pakai oleh umat Islam terutamanya di MALAYSIA.

Sijil Halal Shaklee 2013 oleh JAKIM kini boleh didapati di laman web rasmi Shaklee Malaysia. Tahukan anda yang ISA itu sendiri sebenarnya telah diiktiraf oleh JAKIM taw. 

Badan

Senarai Badan Islam Yang DiIktiraf JAKIM

Untuk kepastian anda seterusnya boleh layari Portal Rasmi Halal Malaysia untuk melihat status Sijil Halal Shaklee 2013 oleh JAKIM.

Selain mendapat sijil HALAL Shaklee, produk Shaklee juga terbukti SELAMAT DAN SEMULAJADI.

 Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Sekiranya masih ada yang ragu-ragu dengan kesahihan Sijil Halal Shaklee  oleh JAKIM, anda boleh hubungi mana-mana pengedar Shaklee anda atau hubungi Shaklee sendiri untuk pengesahan lanjut.

 

Tetapi anda semua wajib tahu, Sijil Halal Shaklee oleh JAKIM ini berkuatkuasa HANYA di Malaysia sahaja.

Sekiranya anda ingin membeli produk Shaklee di luar Malaysia, dapatkan kepastian tentang keHALALan ya.

Hari #15 :Cadangan untuk menjadikan Malaysia abetter place|Cabaran 20 Hari Entry

Kuala Lumpur Ibu negeri malaysia

Kuala Lumpur Ibu negeri malaysia

Malaysia. Alhamdullilah setakat ini Malaysia boleh di kategorikan sebagai sebuah Negara yang aman & selamat untuk di diami. Berbanding negara-negara lain tuh kan. Kehidupan sehari-harian kat bumi Malaysia nih sungguh tenang. Tak ada kedengaran bom di sana sini… udara pun nyamannn jer..

Peta Malaysia

Peta Malaysia

Ok nak citer kan peranan saya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman untuk di duduki. Apa yang boleh saya sebagai salah seorang penduduk di negara ini lakukan adalah dengan menjaga dan menmulihara keamanan yang telah 35 tahun saya kecapi ini. Supaya ianyer sentiasa aman untuk di duduki dan di turunkan ke anak ..cucu & cicit seterusnya kegenerasi-generasi yang akan datang.

Laut di Malaysia

Laut di Malaysia

Saya juga akan memastikan yang saya mematuhi segala arahan-arahan pihak yang memerintah. Tidak kisah lah yang memerintah tuh parti pembangkang ker parti aper pun, ini adalah kerana semua pasti ingin keamanan ini berpanjangan kan. Siapalah yang suka dijajah kan.

Ok lah itu lah dulu perkongsian saya yer.

Promosi Januari 2014 – Alfalfa

 

Promosi Bulan Januari 2014

Promosi Bulan Januari 2014

Mari-mari semua…Bulan nih bulan Alfalfa!!! Beli 6 percuma 1… Nak yang besar boleh, nak yang kecik pun buleh… tetap akan dapt percuma 1. Nak harga yang lagi menarik? jom hubungi saya k.

Nak tau kehebatan,manfaat Alfalfa Shaklee, Klik sini k…

 

Kebaikkan Memakan Alfalfa

Alfalfa Sahklee adalah supplimen yang pertama  dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950an. Disebabkan itu lah  Alfalfa Shaklee dikatakan produk signature Shaklee Corporation.

Kenapalah agaknya  Dr. Shaklee ni memilih Alfalfa sebagai supplement pertama yer? Ini adalah kerana Alfalfa merupakan herba tradisional bagi  orang-orang putih/inggeris  dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutamanya bagi wanita selepas bersalin. Oleh sebab Alfalfa mempunyai banyak kebaikkan kepada wanita, lelaki dan kanak-kanak maka Dr. Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat-sangat memberi manfaat kepada jutaan manusia.

 Kaya dengan sumber vitamin dan mineral

  • Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.  Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. Ia  turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak  dan Antioksidan.
  • Bermanfaat dalam penyerapan protein, dan karbohidrat.
  • Bertindak sebagai pembersih darah

 

20 Manfaat Alfalfa

Alfalfa Complex

Alfalfa Complex

1.    Merawat gangguan pencernaan

2.    Mengawal kolestrol dalam darah

3.    Menghapuskan kolestrol buruk ‘LDL’ dari tubuh

4.    Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok

5.    Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah

6.    Mencegah edema – Pengumpulan air dalam badan

7.    Mengurangkan simptom menopous

8.    Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan

9.    Merawat Masalah Sembelit

10.  Menyahkan toksik dalam tubuh

11.  Mengurangkan kesakitan otot dan sendi

12.  Meningkatkan sistem pertahanan tubuh

13.  Membantu masalah penghadaman

14.  Membantu membanyakkan Susu Ibu

15.  Mengurangkan masalah pundi kencing

16.  Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati

17.  Meningkatkan kesihatan prostat

18.  Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita

19.  Menghangatkan hubungan suami isteri

20.  Membantu tingkatkan kesihatan lelaki

Keistimewaan Alfalfa Shaklee.

Zemanta Related Posts Thumbnail

1.  Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)

2.  Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia

3.  Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  

4.  Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi

5.  Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit

6.  Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.

7.  Membersihkan hati

8.  Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang

Ingin mendapatkan Suppliment terbaik ini, meh hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani di 012-658 4283  atau emel ke supernifz@gmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

 

Anda juga boleh mendapatkan Konsultasi PERCUMA apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukan…

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM KPD ANAKNYA

1.      Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

 2.      Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

 3.     Hai anakku, orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

 4.      Hai anakku, seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

 5.     Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

 6.     Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( taqwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

 7.     Hai anakku, seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal- hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

 8.     Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih berat lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.

 9.     Hai anakku, janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

 10. Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

 11. Hai anakku, bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

 12. Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

 13. Hai anakku, janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja kerana pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

 14. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang taqwa dan bermusyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

 15. Hai anakku, bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

 16. Hai anakku, bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

 17. Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

 18. Hai anakku, bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

 19. Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharapkan sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

 20. Hai anakku, janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

 21. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

 22. Hai anakku, janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu.

 23. Barang siapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

 24. Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.

 25. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Hari #14 :Restoran Kegemaranku | Cabaran 30 Hari Entry

Restoran Kegemaranku

Hurmm.. aper erkkk… Kalu dok kat ngan area-area2 tepi laut nih… kompem aa tak lain tak bukan akan bercakap pasai seafood kann… Makanan Laut.. OK jom saya nak kongsi pasai restoran seafood yang terbaik sekitar manjung nih yang sya suke.

1.        Restoran Horizon Garden.

Restoran Horizon Garden

Restoran Horizon Garden

Terletak di kawasan yang baru dibangunkan kat Manjung nih. Restoran nih menyediakan makanan seafood yang agak menarik gak dengan harga yang berpatutan.

Kat sini ada pakage yang dah depa buat tuk kesenangan kita yang pergi mkn kat restoran depa tuh.

  1.  Set A (2-3 orang) 4 menu RM65.00
  2. Set B 5-7 orang 5 menu RM117.00
  3. Set C 7-9 orang 6 menu RM177.00

Antara Menu yang agaks menarik kat restoran nih adalah Siakap masak ala Hirizon,Sizzling Chicken, Kangkung masak belacan, Kailan Ikan Masin, Tom Yam Putih / Merah, Udang goreng Butter, Sotong goreng tepung, Ikan masak sweet & sour sauce dan Udang masak kam heong , Soft Crab( yang nih konpem sedap!!!…)dan memacam lagi aaa… memang menarik punyer lah…

SoftCrab

SoftCrab

 

Udang Goreng Butter...

Udang Goreng Butter…

Jika sesiapa yang datang ke Lumut atau Seri Manjung boleh mencuba masakan di Restoran Horizon Garden yang beralamat di 7-9, Persiaran PM 3/2 Pusat Bandar Seksyen 3, 32040 Seri Manjung, Perak. Tel: 05-688 8799. Waktu Perniagaan 12.00 tghari -3.30 ptg dan 6.00 ptg – 11.00 malam.

2.        Restoran Nasi Arab Yamen

Chicken Mandy

Chicken Mandy

Restoran nih terletak tak jauh dari Restoran Horizon Garden. Belakangnyer ajer. Kat sini di menyediakan makanan arab. Agak menarik gans rasanya. Chicken Mandy, Kambing Mandy, Ikan Mandi, Syawarma… banyak laie aa menunyer…

Syawarma

Syawarma


Kebab

Kebab

 

Air yang memang saya suggestkan is Kurma blenden ngan Banana Blended… Perhh.. mmg pekat dah sedap ler….

 

Ok lah itu lah serba sedikit perkongsian Restoran kegemaran saya kat Manjung nih. Kalau berada di sekitar Manjung, Sitiawan & Lumut, leh aa g try k…