Puding Roti

Telor Ayam 2 biji 

Roti 4 keping

Susu Cair 170ml cawan 

Susu Pekat 1/2 cawan 

Gula Pasir 1/2 cawan 

 Air 3 1/2 cawan 

Butter/Margerin 2 susu besar 

Agar-Agar 8grm Serbuk 

Pewarna

Serbuk Koko 2 sudu/ satu sudu kecik Sirap

 

Cara Membuat

1. 3 cwn air, Serbuk agar-agar & Gula di didihkan di dalam periuk

2. Roti, Telor, Susu Pekat, Susu Cari dan 1/2 cawan air di satukan dan diblend

3. Masukkan kesemua bahan yang telah di blend ke dalam periuk yang sedang mendidih tadi.

4. Setelah kesemua bahan bersatu, masukkan butter/marjerin dan kacau sampai mendidih dan tutup api.

5. Bahagikan bahan tadi kepada 2/3 bahagian dan boleh lah di campurkan satu bahan dengan serbuk koko/sirap.kacau sehingga coklat tidak berketul-ketul.

6. Tuangkan bahan-bahan tadi kedalam loyang secara bergilir-gilir di mulai dengan di bahagian tengah loyang. Ulang sehinggal lah adunan habis.

7. Dan siap… Bolehlah dimasukkan kedalam peti ess. Makan semasa sejuk..Perhhhh.. menarikkk….

Puding Roti

Puding Roti

PERINGATAN: Semasa proses MARBLE, hendak lah dilakukan secara cepat kerana dikuatiri agar-agar/ puding mudah mengeras/membeku.

 

Supplimen untuk ibu mengandung

Set Kehamilan Shaklee elak bayi cacat

Spina Bifida akibat kekurangan Folic Acid

Ibu mengandung digalakkan untuk mengambil prenatal vitamin kerana :-

  • dapat mengurangkan risiko kecacatan ketika hamil.
  • mengurangkan kelahiran pramatang & kekurangan berat ketika lahir
  • membantu ibu kekal sihat dan memberi kekuatan kepada ibu sepanjang tempoh kehamilan.
  • mengurangkan risiko kekurangan nutrisi bagi ibu yang mengalami loya, muntah dan tak selera makan di awal kehamilan.
set kehamilan Shaklee

Tabiat memakan makanan rapu atau pun dengan bahasa kini “jajan” hendak lah di berhentikan sepanjang 9 bulan iaitu sepanjang proses kehamilan.

Apa sekalipun pengambilan makanan yang  berkhasiat dan seimbang adalah perkara utama. Tabiat memakan makanan rapu atau pun dengan bahasa kini “jajan” hendak lah di berhentikan sepanjang 9 bulan iaitu sepanjang proses kehamilan.

Berikut adalah diantara suplemen vitamin penting bagi ibu mengandung :

  1. Iron - utk pembentukan sel darah merah yang bawa oksigen ke seluruh badan. *makanan seperti ikan, daging merah dan hati mengurangkan penyerapan iron dalam tubuh, begitu juga kalsium seprti susu, keju dan produk tenusu lainnya. Ambil suplemen iron sejam sebelum atau 2 jam selepas jika makan makanan tersebut.
  2. Folic Acid – utk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan. Folic acid boleh diamalkan dari sebelum mengandung lagi.
  3. Kalsium – untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi ibu. Ibu mengandung cenderung untuk sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium. Ibu mengandung perlukan 1000mg kalsium sehari.
  4. Omega 3 - penting untuk perkembangan otak, sistem saraf dan penglihatan yang baik. Ikan adalah sumber omega terbaik, terutamanya ikan salmon. Tapi hati2, ada ikan yang diracuni merkuri akibat pencemaran laut.
set pregnant shaklee

Ibu hamil digalakkan mengambil prenatal supplement

Vitamin Shaklee Untuk Ibu Mengandung :

set hamil shaklee

Set Kehamilan Shaklee

  1. Vitalea – multivitamin dengan iron, mengandungi 30 nutrisi harian lengkap, 12 vitamin dan 7 mineral penting yg disarankan oleh RDA.
  2. B Complex – lengkap dengan 8 keluarga B termasuk folic acid
  3. Ostematrix - kaplet kalsium dengan magnesium, fosforus, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Suplemen kalsium perlu datang dgn pakej lengkap tersebut untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral. *magnesium dalam Ostematrix juga membantu melembutkan najis, jadi mengurangkan risiko sembelit pada ibu hamil.
  4. Omega Guard – sumber omega 3 terbaik dari minyak ikan tulen. Bagus untuk perkembangan otak bayi di dalam rahim dan mengelakkan bayi dari mewarisi allergy dari ibu bapanya.
  5. Vitamin C – penting untuk membina antibodi badan dan mengalakkan pertumbuhan sel-sel tubuh yang baru. Vitamin C juga sangat penting untuk memastikan air ketuban tidak pecah terlalu awal 
  6. ESP - penting dalam pembinaan dan pembaikan sel. ESP merupakan sumber protein terbaik kerana ia bebas lemak dan kolesterol. 

Ibu-ibu mangandung adalah tidak di galakkan mengambil supplement  :

  1. Alfalfa - alfalfa sejenis herba, ditakuti boleh menyebabkan berlaku early contraction / terberanak awal :p. Tapi untuk ibu yang tandem nursing semasa hamil, alfalfa adalah selamat.
  2. Vitamin A – vitamin A penting utk ketahanan tubuh, penglihatan dan perkembangan fizikal, tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan kecacatan. Ambil kurang daripada 5000 IU sehari. 
  3. Vitamin E – sama seperti Vitamin A, walaupun vitamin E dapat menguatkan rahim (bagus utk ibu hamil) tapi pengambilannya perlu di kawal. Dapatkan nasihat doktor anda sebelum ambil vitamin E semasa hamil.

Apapun, pengambilan prenatal vitamin bukan jaminan tiada sebarang risiko kehamilan. Kita berbalik kepada kuasa Yang Esa, kita hanya berusaha. Analoginya seperti memandu kereta  & pakai seat belt, bukan jaminan utk kita tak eksiden tapi kalau berlaku pun mungkin kesannya tak seteruk orang yang tak pakai seat belt kan? 

Ingin dapatkan Set Kehamilan Shaklee? 

Hubungi saya sekarang!

Pengedar Shaklee Perak

 

Diet Bayi Yang Berumur 6 Bulan & Keatas

Apa Yang Perlu Ada Dalam Diet Bayi Dari Umur 6 bulan dan Keatas

Keperluan Diet Bayi 6 bulan ke atas

Keperluan Diet Bayi 6 bulan ke atas

<<<<PEMAKANAN YANG SEIMBANG>>>>

Bayi Umur 6 bulan ke atas juga memerlukan pemakanan yang seimbang seperti orang dewasa. Mereka amat memerlukan 

- karbohidrat 
membekalkan tenaga dan untuk penting tumbesaran yang sihat. Mereka memerlukan karbohidrat kompleks dan karbohidrat ringkas.
* Contoh karbohidrat kompleks: kentang, pasta, nasi, roti, bijirin penuh, pisang
* Contoh karbohidrat ringkas: gula semulajadi (daripada buah dan sayuran), gula yang ditapis (biskut, coklat, kek)

- Protein 
membina dan memperbaiki sel-sel tisu tubuh. Sumber protein boleh didapati daripada sayuran haiwan dan sayuran
*contoh protein haiwan: daging, ikan, ayam, telur dan produk tenusu seperti cheese, 
yoghurt dan susu
*contoh protein sayuran: kekacang dan bijian, lentil, roti, kacang kuda, kacang 
panggang

Pemakanan yang seimbang penting tumbesaran yang sihat

Pemakanan yang seimbang penting tumbesaran yang sihat

- Sumber vitamin
Penting untuk proses badan. Membantu tubuh menyerap makanan dan menggunakan vitamin secara optima untuk meningkatkan sistem imun. Boleh diperolehi dalam pelbagai sumber terutama dalam sayuran berdaun dan buah-buahan.

* Vitamin larut lemak – vitamin A, D, E dan K boleh disimpan oleh tubuh
* Vitamin larut air – vitamin B & vitamin C tidak boleh disimpan oleh tubuh. Jadi bayi perlu mengambil sumber vitamin-vitamin ini setiap hari.

- Sumber mineral
Tubuh memerlukan kira-kira mineral yang berbeza untuk membantu pelbagai proses tubuh. Mineral yang amat penting kepada mereka adalah zat besi dan kalsium. 

Mereka memerlukan banyak zat besi untuk tumbesaran dan pembinaan hemoglobin darah. 
* contoh sumber zat besi – daging merah, ayam, kuning telur, buah-buahan kering, roti bijirin penuh, minyak ikan dan bijirin yang diperkaya dengan zat besi.

Dan mereka juga amat memerlukan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat dan kuat

*contoh sumber kalsium – sayuran berdaun hijau, avocado, biji gajus dan kacang brazil

- Lemak
Untuk bayi. Lemak sangat penting sebagai sumber tenaga dan penting untuk pembangunan otak dan sistem saraf yang sihat
* Contoh sumber lemak tepu yang bagus – daging, produk daging, dan produk tenusu 
* Contoh sumber lemak tak tepu yang bagus – minyak bunga matahari dan jagung

Walaubagaimanapun, lemak, gula, dan minyak seharusnya diberikan kepada bayi anda hanya dalam kuantiti yang kecil sahaja.

– Air
dua pertiga berat air bayi adalah dari air dan merupakan bahagian penting pada keseluruhan sel-sel tubuh. Terutamanya apabila anda mula dalam fasa menceraikan susu badan dan mula memberikan makanan pejal, pemberian air putih kepada mereka adalah sangat penting. 

Jom Kurus

Sebut jerk pasal nak kurus, kompem semua pasti teruja kan… tak kira lah berapa pun berat badan kita…100kg…80kg..60kg, malah yang 50kg pun, nak kurus dan kurus lagi.. betul tak??

Disiplin perlu ada dalam proses penurunan berat badan

Disiplin perlu ada dalam proses penurunan berat badan

Ok jom kita intai-intai cite kita kali ini…

Ramai di antara kita yang menanam berazam untuk nak menurunkan berat badan a.k.a nak kurus… akan tetapi ianyanya bukan lah perkara mudah. Anda memerlukan komitment yang cukup-cukup kuat untuk merialisasikan azam anda itu. Anda juga mestilah tidak mudah berputus asa dengan apa yang anda buat. Teruskan dan teruskan sehingga lah anda mendapat berap badan yang anda impi-impikan selama ini. Azam yang kuat di tambah dengan amalan senaman & amalan2 kerohanian yang betul, panti impian anda akan terkabul…

 

Kalau anda beriya-iya nak kuruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan beberapa aspek seperti pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit,tetapi hasilnya pasti sangat…sangat berbaloi-baloi…

 

MATLAMAT

Untuk menurunkan berat badan, anda perlu tetapkan MATLAMAT anda secara perlahan-lahan. Contohnya anda inginkan penurunan dalam lingkungan 0.5kg ke 1kg dalam seminggu. Untuk permulaan, tetapkan penurunan yang tidak begitu drastic, pada permulaan mungkin anda rasakan agak sukar, tetapi anda perlu tekat, Insyaallah anda akan dapat mencapai MATLAMAT anda.

MAKANAN

Piramid makanan-Kurangkan Karbohidrat dan lebihkan Protein

Piramid makanan-Kurangkan Karbohidrat dan lebihkan Protein

 

Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori nya tetapi mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Cuba untuk kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Jika kiandungan kalori berlebihan, ia akan bertukar menjadi LEMAK di dalam badan kita, anda perlu melakukan aktivi-aktiviti yang lasak seperti senaman untuk membakarnya semula.Anda juga perlu mengurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi).

 

  • Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam makanan seharian anda akan dapat membantu anda mengurangkan berat badan selain ia mengenyankan juga.

 

  • Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak).

 

Anda juga hendaklah mengurangkan pengambilan Karbohidrat dan melebihkan pengambilan Protin dalam hidangan anda. Pengambilan Karbohidrat yang berlebihan hanya akan menggemukkan anda, ia memang mengenyangkan TETAPI hanya untuk sementara waktu sahaja, selepas dalm 2 jam anda akan berasa lapar semula.

 

Protein pula, akan lebih cepat mengenyangkan anda dan ia akan bertahan lebih lama berbanding karbohidrat.

 

Tahukah Anda : ESP keluaran Shaklee, terbukti mempunyai sumber Protin yang tinggi.Jadi kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat, jom minum ESP, dijamin sumper yang berprotin tinggi.

  

MINUMAN

Kafein

Kafein yang berlebihan boleh menyebabkan kadar metabolisma badan menurun serta boleh menyingkirkan nutrien dalam badan kita


soft drink

Kandungan gula dalam air gas adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!

Jangan lupa untuk banyakkan pengambilan air masak/ air mimeral dah kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti kopi begitu juga dengan minuman bergas. Air kosong adalah sangat bagus untuk badan anda kerana hampir keseluruhan badan mengandungi air. Maka, amalkan minum air kosong sebanyak 8 gelas (2-3 liter) setiap hari.
Selain itu, air yang mencukupi dapat menyingkirkan bahan perkumuhan yang tak diperlukan oleh badan anda. Lemak yang telah diuraikan juga disingkirkan melalui air kencing dan perpeluhan.Minuman bergas mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.


Contoh: Air Gas atau air berkarbonat. Kandungan gula dalam air gas ini adalah sangat tinggi iaitu 7-8 sudu gula bagi setiap hidangan!
Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan masalah kegemukan serta akan mendatangkan penyakit serius seperti kencing manis.
Manakala kafein pula bukan sahaja menyebabkan kadar metabolisma badan menurun (kesannya gemuklah!), malah juga boleh menyingkirkan nutrien seperti vitamin daripada badan anda.

SENAMAN

 Anda juga digalakkan untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang ringan selama lebih kurang 30-40 minit setiap hari untuk membakar kalori yang berlebihan dalam badan anda.
Cara yang paling mudah: Anda tahan nafas dalam-dalam (pada bahagian perut) selama yang mungkin, kemudian lepaskan semula. Lakukan sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Aktiviti ini akan bantu mengempiskan perut anda.
Selain itu, anda juga boleh menggunakan tangga jika pejabat/ rumah anda tidak terlalu tinggi. Malah, anda juga boleh amalkan aktiviti ini di shopping mall. Sambil shopping, sambil kurus!

Positif

Sentiasa berfikiran positif,tekadkan MATLAMAT, tentukan MAKANAN & MIMUNAM yang sihat dan lakukan SENAMAN yang bersesuaian insyallah segalanya akan menjadi mudah. Kuatkan disiplin diri untuk mengikuti segala perancangan yang telah anda rencanakan.

Timbang berat badan sekurang-kurangnya sekali seminggu agar anda tidak terlalu kecewa jika melakukannya hari-hari.

 

Disamping mengamalkan perkara-perkara di atas, anda juga memerlukan supplement / vitamin untuk mengisi kekurangan Micro-Nutrisi yang mana ini akan membuat nafsu makan anda naik secara mendadak. Amalkan pengambilan SET KURUS Shaklee untuk membantu mengimbangi diet seharian anda.

Kebaikan & Manfaat Air Masak

 

air masak

Air masak atau pun air suam adalah amat penting untuk tubuh badan kita

Air masak atau pun air suam adalah amat penting untuk tubuh badan kita. Akan tetapi kebanyakan dari kita agak liat untuk memimun air masak/suam walaupun kita sudah sedia maklum akan kebaikan-kebaikan dan kelebihan air masak/suam ini.

Air merupakan keperluan asas manusia. Secara purataya, badan manusia meliputi antara 60% hingga 65% air, manakala tisu-tisu dalam otak manusia pula mengandungi 85% air. Badan manusia boleh bertahan sehingga empat minggu tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup tiga hari sekiranya tidak minum air. Air minuman boleh didapati pada kadar yang murah dan mudah didapati di dalam Negara kita. Namun, masih ramai diantara kita yang memilih untuk minum minuman bergula yang berlebihan dalam kehidupan harian.

Air adalah penting sebagai pengangkutan nutrien, hormon, toksin dan hasil kumbahan dalam sistem badan. Tenaga seharian bergantung kepada air dan kekurangan air adalah penyebab utama kepada keletihan pada siang hari. Badan memerlukan sekurang-kurangnya 2-3 liter air sehari bagi memastikan sistem badan berfungsi dalam keadaan yang optimum. Selain itu, air juga merupakan pembantu diet, pengurang lemak badan dan juga mengurangkan pengumpulan sodium dalam badan. 

Minum air yang mencukupi dapat membantu mengubati alergi, asthma, kemurungan, tekanan darah tinggi, diabetes, sakit kepala dan keletihan. Di samping itu, lapan hingga sepuluh gelas air sehari akan dapat mengurangkan sakit belakang dan sakit sendi. 

Berdasarkan kajian, kebanyakan rakyat di negara Malaysia tidak meminum air yang mencukupi sehingga mereka mengalami dehidrasi. Hanya 2 peratus penurunan air dalam badan sahaja, cukup untuk menyebabkan kehilangan ingatan jangka pendek, masalah untuk matematik asas dan tidak dapat menumpukan perhatian. Menurut kajian yang telah dijalankan, meminum 5 gelas air sehari dapat mengurangkan kadar kanser usus sebanyak 45%, kanser payudara sebanyak 79% dan kanser pundi kencing sebanyak 50%.

JENIS-JENIS AIR DI DUNIA

Air Bermineral (Mineral Water)

Air Mineral

Air Mineral -Sumber dari dalam tanah secara semulajadi,

Sumber dari dalam tanah secara semulajadi, kandungan galian berbeza-beza mengikut tempat. Ia perlu melalui proses penapisan dan perawatan sebelum boleh dipasarkan secara komersial.

Air Minuman Bertapis (Purified Drinking Water)

menggunakan sumber air awam

Air Minuman Bertapis – Menggunakan sumber air awam

Biasanya menggunakan sumber air awam iaitu air paip yang kemudian melalui pelbagai proses seperti sinaran UV [ultra-ungu], penurasan fiber, dirawat dengan penambahan berbagai jenis mineral. Kini, banyak jenama menggunakan teknologi ini untuk dipasang di rumah di mana air paip akan disalurkan melalui penapis yang agak mahal harganya mencecah ribuan ringgit. Kos penyelengaraan juga agak tinggi kerana penapis perlu ditukar secara berkala apabila sudah sampai masanya. Tetapi memandangkan keadaan air paip hari ini telah teruk tercemar, penapis seperti ini sepatutnya menjadi keperluan penting di rumah untuk kegunaan makan, minum dan memasak.

Air Osmosis Songsang (Reverse Osmosis Water)

Air Osmosis Songsang

Air Osmosis Songsang – Air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral yang telah melalui proses saringan

Air tulen yang tidak mengandungi bahan mineral yang telah melalui pelbagai proses saringan dan proses bertekanan tinggi. Air ini tinggi kandungan oksigen tetapi agak mahal dan tiada kandungan mineral yang berfaedah untuk tubuh. Kini, terdapat pengeluar yang memasukkan pelbagai jenis mineral tambahan di dalam air ini.

Air Beralkali (Alkaline Water)

Air Beralkali

Air Beralkali – Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi untuk air alkali

Proses pengionan menghasilkan pH yg tinggi untuk air alkali digunakan untuk bateri. Sebenarnya air alkali bukanlah air yang terbaik. Air ini tidak berapa sesuai untuk diminum dalam kuantiti berlebihan kerana boleh berlaku kekejangan otot atau muscle cramps. Air terbaik di dunia iaitu air Zam-zam yang juga lebih tinggi kandungan alkali dan tidak memudaratkan badan.  

KELEBIHAN MEMINUM AIR

Air boleh menyejukkan

Waktu tengahari yang begitu panas kadangkala kita tidak sedar bahawa tubuh kita sedang berpeluh. Peluh boleh mengingatkan kita untuk segera minum air. Sebab jika tidak cukup air untuk memproduksikan peluh, kadar darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

Mengumpulkan zat-zat makanan

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendiri. Beberapa zat makanan yang larut dalam air sehingga diserap dengan air.

Memudahkan proses pembuangan tinja/najis

Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka mereka akan mudah mendapat penyakit sembelit. Sembelit adalah satu situasi yang menyebabkan seseorang itu sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota tersebut mengalami kesakitan.

Menjaga kelembapan kulit agar tetap halus

Sel-sel kita memang mengandungi air, kerana itu bekalan yang cukup akan menjadikan kulit kita lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka akan kelihatan lebih uzur.

Bebas dari penyakit batu karang

Penyakit batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tidak terpakai atau komponen lain yang melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dengan bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu. Jika kita banyak minum air, batu-batu itu akan keluar dibawa oleh air.

 Mengawal Kalori

 Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup, gandum dan kekecang antara makanan yang mengandungi banyak air serta dapat memperlahankan penyerapan air. Ini akan membuat kita berapa kenyang dan akan mengurankan kita dari mengambil kalori secara berlebihan.

 

WAKTU TERBAIK MINUM AIR MASAK

minum air

Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh

SELEPAS BANGUN TIDUR -Minum dua gelas air masak bagi membantu mengaktifkan organ dalaman 

30 MINIT SEBELUM MAKAN – Minum segelas air masak,ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan .

SEBELUM MANDI –  Minum segelas air masak dapat membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah .

SEBELUM TIDUR – Minum segelas air masak,dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur 

Kopi , Teh dan Vitamin

KOPI

 

Kopi

Kopi

Untuk menikmati kopi, kita perlu mencampurkan serbuk kopi (benih kopi ataupun biji kopi) bersama air panas. Disebabkan kandungan kafeinnya , kopi dikatakan mempunyai kesan perangsang pada manusia.

 

TEH

 

Teh

Teh

Dihasikan daripada daun atau pucuk pokok renek yang dikenali sebagai CAMELLIA SINENSIS atau CAMELIA THEA. Ia di rendam didalam air yang panas.Teh juga dicampurkan dengan pelbagai jenis herba, rempah,bunga dan perasa buah untuk meningkatkan kualiti teh dan memberi rasa yang berlainan.

 

Kandungan didalam Kopi dan Teh iaitu polyphenols yang mana ia merupakan sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral. Maka dari itu kita disarankan untuk mengelakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila kita memakan atau mimun makanan/minuman yang kaya dengan zat besi. Kita hendaklah menunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan atau minum agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan vitamin /supplement.

 KALSIUM

 Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biarpun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh menggangu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat banyak kajian yang menggatakan kesan kafein keatas penyerapan Kalsium sangatlah minima. Penggambilam kafein yang tinggi bukanlah faktor utamanya terjadinya penyakit Osteoporosis.

VITAMIN D

Kafein boleh menyekat Reseptor Vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan kita. Kekurangan Vitamin D akan menyebabkan tulang mudah rapuh. 

 ZAT BESI (IRON)

Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zat besi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemen ya..

 VITAMIN B

Kafein juga dikatakan bertindak sebagai diuretik ringan, yang mana ini akan menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurangan kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

 Penggambilan kafein boleh menggangu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrien atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas,

Bukan tak boleh lansung kita menikmati Kopi dan Teh bila kita mengamalkan vitamin/ suppliment, tetapi kita hendaklah menjarakkan pengambilannya dari 30 minit ke 1 jam sebelum ataupun selepas kita minum. Ini adalah untuk mengelakkan dari zat-zat di dalam vitamin itu di serap oleh kopi dan teh.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa itu EBM??

EBM adalah singkatan bagi Expressed Breast Milk atau pun lebih popular dikenali sebagai Susu Perahan. Ia adalah bertujuan untuk menyimpan stok susu bagi ibu-ibu yang bekerja yang berazam untuk menyusukan bayinya dengan susu ibu sepenuhnya.

Jom saya nak kongsi sedikit sebanyak cerita tentang EBM…

Cara pengurusan 

Di sini saya sertakan jadual ringkas yang diambil dari website babygearlab untuk membantu anda ingat tempoh masa penyimpanan susu EBM. Untuk nak mengelakkan anda dari lupa, bolehlah print dan tampal jadual ini pada di peti air masing-masing ya 

 

Jadual ini boleh dirujuk di website babygearlab dan juga dimuat turun secara percuma untuk kegunaan peribadi.

Jadual ini boleh dirujuk di website babygearlab dan juga dimuat turun secara percuma untuk kegunaan peribadi.

Langkah-langkah Tambahan – Cara Penyimpanan Susu Perahan

1. Simpan Dalam Bekas atau Plastik yang khas

Sebolehnya, setiap bekas dalam 1-4 Oz sahaja. Ini penting untuk mengelakkan susu dari dibazirkan. Ini adalah kerana permintaan susu oleh si comel adalah tidak menentu.Kalau kita bagi banyak terus; Contohnya terus bagi 7 oz kepada bayi, dan dia tak habis, baki tu hanya boleh diminum semula dalam masa 1-2 jam sahaja.

 

Contoh Plastik Simpanan Susu Perahan

Contoh Plastik Simpanan Susu Perahan

  

2. Catat Tarikh Setiap Perahan di bekas atau plastik

Gunakan marker yang tidak mudah hilang tulisannya dan catat tarikh dan masa perahan untuk setiap bekas. Ini memudahkan anda track ‘expiry’ setiap stok susu tersebut.

3. Cairkan Dengan Perlahan-lahan

Untuk mencairkan susu beku, letakkan terlebih dahulu susu di bahagian fridge supaya ianya cair perlahan-lahan. Kalau nak lagi cepat, boleh letakkan susu beku dibawah air paip yang mengalir.

Seboleh mungkin, elakkan dari mencairkan susu dalam suhu bilik (contohnya letak susu atas meja di dapur atau di sinki).

4. Jangan Campurkan Susu Perahan Sesuka Hati

Kalau nak campur susu perahan (pada hari yang sama sahaja), pastikan kedua-dua susu berada pada suhu yang lebih kurang sama.

Contoh #1; Perah waktu pagi dapat 2 Oz., perah waktu tengahari dapat lagi 2 Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah petang tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu petang tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur.

5. Cara Cairkan/Panaskan Susu Perahan

Panaskan botol susu di dalam bottle warmer atau rendamkan di dalam air panas (tuangkan air panas dalam cawan atau bekas yang sesuai, kemudian rendamkan bottle susu yang dah cair tadi ke dalam air panas tersebut).

 

 

Cara Merendam Bottle Susu Dalam Air Panas

Cara Merendam Bottle Susu Dalam Air Panas

 

Jangan sesekali panaskan susu menggunakan microwave oven ataupun secara terus dengan menggunakan api dapur. Ini boleh menghilangkan nutrisi dalam susu ibu yang kaya dengan khasiat.

 

 

JANGAN memanaskan susu perahan menggunakan Microwave

JANGAN memanaskan susu perahan menggunakan Microwave

  

Sekian saja perkongsian saya untuk kali ini.

 P/S –  Anda menghadapi masalah susu merudum? InsyaAllah Set Penyusuan Shaklee boleh membantu anda  

Hubungi saya sekarang di nombor yang tertera ataupun isikan Contact Form di bawah 

 

Sign-latest

Kepentingan Vitamin / Suppliment

Tahukah anda apa yang di maksudkan dengan Vitamin/Suppliment??

Vitamin

Vitamin

Vitamin / Suppliment adalah;

  • Bahan Organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil.
  • Berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit.
  • Vitamin juga biasa disebut sebagai mikronutrien.
  • Membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.

Ada sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.

Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.

Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak perlu diambil.

Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.

Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut juga ada membekalkan vitamin yang tinggi.

  

Apakah yang akan terjadi jika tidak ambil vitamin / suppliment?

Secara amnya semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging. Vitamin juga sangat bagus untuk mereka-mereka yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.

Jadi untuk mendapatkan nutrien-nutrien yang telah hilang itu, anda perlu mengambil vitamin ataupun suppliment. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh anda berfungsi secara normal serta mengembalikan tenaga-tenaga anda yang telah hilang.

Tetapi jika anda tidak mengambil sebarang vitamin, kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.

Misalnya,sakit kepala,kurang bermaya, rabun, darah tinggi,kencing manis,gout dan macam-macam jenis penyakit lagi akan mudah ‘hinggap’ di badan anda.

Kesan Sampingan (HEALING CRISIS)

Kesan Sampingan, Krisis Pemulihan dan Petanda Ketidaksesuaian

 

Tubuh badan kita sedang dalam pemulihan untuk menerima supplement Shaklee

Tubuh badan kita sedang dalam pemulihan untuk menerima supplement Shaklee

Hurm… Tentu ramai di antara anda di luar sana yang sudah pun mencuba supplement dari Shaklee. Macam-macam juga lah result yang kita dengar hasil dari pengambilan supplement Shaklee ni… ada tuh sekali pengambilan saja dah Nampak perubahan… ada yang seminggu baru rasai perubahan, ada juga yang lepas sebulan baru Nampak impaknya, tak ketinggalan juga sampai ada yang demam2, muntah2, keluar ruam, pening kepala dan macam-macam lagi lah yang kita dengar.

 Ok, Mari kita tengok adakah Vitamin-Vitamin Shaklee ni ada kesan sampingan?

 Jawapannya adalah TIDAK!!!

Untuk makluman semua supliment-supliment Shaklee adalah produk dari bahan2 semulajadi yang tidak mengandungi sebarang dadah atau bahan perangsang, jadi ia tidak meninggalkan kesan sampingan.

Untuk makluman semua supplement-suppliment Shaklee ini adalah diperbuat dari bahan-bahan semulajadi yang mana ia tidak mengandungi sebarang dadah ataupun bahan perangsang, maka dengan itu supplement Shaklee ini TIDAK akan member kesan sampingan.

Masalah Kelesuan, Pening/Sakit Kepala, Muntah-muntah, Demam, Ruam dah sebagainya  mungkin akan dialami bagi sesetengah pengguna yang mana ia di kenali sebagai  KRISIS PEMULIHAN atau pun lebih glamor dengan nama HEALING CRISES . Ini bukan lah kesan sampingan taw… Ini adalah kerana tubuh badan kita sedang dalam pemulihan untuk menerima supplement Shaklee ini.

 Sebab-sebab terjadinya KRISIS PEMULIHAN

1. Petanda yang baik yang mana ia menunjukkan tubuh badan anda bertindak ke atas vitamin yang di ambil.

2. Petanda sel badan dan organ dalaman sedang dirawat.

3. Ia adalah proses di mana badan kita menyahtoksin atau mengeluarkan toksin dan benda2 yang berbahaya dari dalam tubuh.

4. Badan sedang menjalani proses pembiasaan dengan vitamin tersebut.

Ok selain dari itu masalah KRISIS PEMULIHAN ini terjadi adalah kerana anda tidak pernah mengambil apa-apa pun vitamin/supplement sebelum ini yang mana badan anda sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar, kekurangan rehat, penat/tidak berdaya/lemah, tekanan dah telah dijangkiti penyakit-penyakit yang tertentu.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda terpaksa menghadapi KRISIS PEMULIHAN ini. Kesan ini adalah kesan untuk jangka masa pendek/sementara sahaja & ia adalah satu petanda yang baik. Jadim cara untuk anda mengatasi masalah ini adalah dengan meminum air dengan mencukupi. (2-3 liter sehari)dan yang paling penting, berdoa agar anda mengambil vitamin ini untuk kebaikan anda sendiri.

Golongan yang tidak sesuai mengambil Vitamin/ Suppliment

Berikut di senaraikan golongan yang tidak sesuai mengambil sesetengan vitamin Shaklee.

  1. Penghidap Diabetis / Kencing Manis adalah tidak sesuai mengambil ESP kerana ia mengandungi Soy Protein.
  2. Penghidap SLE (Lupus) dan mereka yang mengalami masalh buah pinggang, vitamin Alfalfa adalah tidak sesuai untuk anda.

Sekiranya anda mengalami keadaan di mana rashes, atau sembab, atau gatal2 selepas mengambil alfalfa, saya sarankan anda terus berjumpa doktor dan minta dibuat ujian darah untuk memeriksa adakah anda penghidap penyakit SLE (Systemic Lupus Erythematosus).

Vitamin Shaklee mengandungi banyak nutrisi yang baik-baik. Rugi bagi mereka-mereka yang berhenti selepas menghadapi HEALING CRISES. So bagi anda-anda di luar sana yang ada menghadapi masalah-masalah yang saya ceritakan di atas, saya sarankan teruskan consume supplement ini.

Sekiranya anda mengalami sebarang masalah semasa mengambil supplement ini, sila-sila berhubung dengan saya yer..

Opsss tapi khas/khusus untuk mereka-mereka yang membeli dengan saya sahaja ya…

Zemanta Related Posts Thumbnail

ESP Shaklee – Terbaik Untuk Penyusuan

Adakah anda:

  • Mengandung ataupun sedang berpantang dan anda selalu berasa keletihan dan cepat rasa lapar?
  • Risau atau sedang menghadapai masalah susu merudum ketika menyusukan anak anda?
  • Resah melihat anak anda menyusu lama sangat tapi tak kenyang-kenyang?
  • Menyampah,Geram dan malu dengan kulit kusam anda yang dah siap berjeragat?
  • Cepat letih dan pancit?
  • Nak kurus dengan cara yang sihat, tapi tak mampu nak bersenam sakan dan berpantang makan itu dan ini?

 

Ini dia ESP Shaklee insya-Allah boleh membantu anda!

ESP merupakan salah satu supplement yang tersangat hot dan laku keras! ESP bukan saja untuk ibu menyusu tapi juga sangat sesuai ibu hamil, ibu berpantang, kaum lelaki, warga emas dan kanak-kanak (umur setahun ke atas)!

 

Kelebihan ESP

Kelebihan ESP

 

Apa itu ESP Shaklee?

ESP Shaklee atau nama panjangnya Energizing Soy Protein merupakan serbuk soya perasa vanila yang mengandungi protein.

Menariknya, ESP ni merupakan protein yang bebas lemak dan kolesterol. Tak seperti ayam, ikan dan daging, semua tu protein juga, tapi masing – masing ada lemaknya.

ESP ni bukan susu tau. Ia boleh dibancuh dengan apa sahaja air kegemaran. Jadi kalau anda bukan penggemar susu, ESP masih boleh masuk senarai favorite drink anda  

 

ESP ni diperbuat dari 30kg soya dan mengandungi 9 jenis asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh kita, tapi sangat penting untuk tubuh

 

Siapa yang sesuai minum ESP Shaklee ?

1. Para Ibu-ibu yang menyusukan anak

ESP Shaklee mengandungi protein yang merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu sendiri. ESP membantu banyakkan susu ibu dan jua pekatkan susu ibu agar bayi cepat kenyang walaupun minum sikit jer  

2. Ibu mengandung

ESP Shaklee mengandungi protein. Protein membantu membina sel-sel dalam tubuh. Sel ini kemudiannya akan membentuk tisu dan seterusnya organ.

Sel –> Tisu –> Organ –> Sistem Badan

Untuk ibu mengandung, protein dalam ESP membantu membina organ bayi dalam rahim sekaligus mengelak risiko jantung berlubang atau masalah paru-paru.

Menurut Dr Delaila, Gynae di SDMC Subang, protein juga membantu menguatkan immune system ibu hamil. Immune system yang kuat boleh membantu mengelakkan risiko keguguran.

3. Ibu Pantang

ESP Shaklee sangat membantu ibu dalam berpantang untuk bertenaga sepanjang hari dan kekal ceria di samping membanyakkan susu dan membantu memulihkan kulit kusam ibu yang sedang berpantang 

4. Orang dalam Misi Inch Loss

ESP Shaklee membantu mengawal rasa lapar. Ia membakar gula dalam tubuh dalam kadar yang perlahan, jadi perut pun tak cepat lapar. Untuk misi Inch Loss yang lebih berkesan, biasa kita cadangkan tambah Lecithin sebagai pemecah lemak, dan Alfalfa untuk detox tubuh.

(Boleh juga memcuba Cinch Shaklee yang merupakan meal supplement, khas untuk misi Cut the Inch!)

5. Nak Kekal Bertenaga

Oleh kerana ESP ni membakar gula dalam kadar yang perlahan, ia mampu untuk membekalkan tenaga dalam jangka masa yang panjang.

Saya paling suka ESP sebab ia membantu saya untuk kekal bertenaga sepanjang hari walaupun banyak kerja. Kalau di’Combo’kan dengan Performance Drink, lagi power!

6. Kecantikan

Sel kulit akan mati setiap 21 hari. Selepas sel kulit mati, ESP Shaklee akan membantu untukreproduce sel kulit yang lebih sihat dan cantik, sekaligus menghilangkan kulit kusam dan tak bermaya.

Selain itu Asid Amino yang dibekalkan oleh protein dalam ESP membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

Pengambilan ESP adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Soya bukan bahaya ke? Apa beza ESP Shaklee dengan air soya di pasaran?

Zaman sekarang merata orang sebarkan keburukan soya, tanpa menyedari hakikat yang tempe dan kicap makanan orang Melayu pun, bersumberkan soya.

Soya dalam ESP berbeza dengan soya minuman biasa di pasaran sebab soya ESP diproses menggunakan air sepenuhnya. Yang jadi bahaya adalah apabila ia diproses menggunakan bahan kimia.

Soya dalam ESP juga bersifat Non-GMO (Non Genetically Modified). Maksudnya, soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP tidak diubah secara genetik. Boleh baca post ini tentang bahayanya GMO Soy atau sumber dari Wikipedia tentang apa itu GMO.

 

Berapa harga ESP Shaklee dan bagaimana nak order?

Anda dah bersedia untuk merasai kehebatan ESP Shaklee?

Harga ESP Shaklee adalah RM 150 setin dan boleh bertahan sehingga 2 bulan bergantung kepada kadar pengambilan.

Sekiranya mempunyai sebarang persoalan, boleh isikan Contact Form di bawah & saya akan menghubungi anda secepat mungkin 

Klik jer link nih untuk membuat pembelian secara terus…  :)

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=84253ffce9853bdf2518c53ddf3bce65

 

P.s. – Jemput Like & Share post ini jika anda merasakan ia mungkin bermanfaat!

Sign-latest