10 Makanan Menggemukkan Malaysia.

Siapa yang tak suka nasi lemak dan roti canai?? Ce angkat tangan, Roe nak tengok sat… Majoriti dari kita mesti dah terbayangkan nasi lemak.. sambal ikan bilis yang ummpp… tambah pula telor mata.. perhhh… Roti canai pula dapat yang lembut, tepek pula telor, cicah pulak dengan kuah dal. Perhhh… mau 2 pinggang pun leh abih tuh kan.

Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah kalau Roe cakap ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

Meh sini kita tengok meh…

nasi lemak

  1. Nasi Lemak.

Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

 

  1. Roti Canai.

roticanai

Siapa yang tak suka roti canai kan? Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.

… bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…

  1. Nasi Goreng.

Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

  1. Ais krim.

Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun.  Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

  1. Burger.

Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.

  1. Mee kari.

Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

  1. Makanan bergoreng.

Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

  1. Susu Pekat Manis.

Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

  1. Roti Manis dan Donut.
donut

… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi 200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …

 

Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

 

  1. Mayonis.

Mayonis

Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak yang terkandung dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu menggemukkan diri anda sendiri.

Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagai mana sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!

…petikan dari perkongsian Kelvin Zahri

Berminat nak tau or  order Vitamin Shaklee, hubungi saya sekarang!

SupernifzLOGO

iR Rohimaiza Abdol Rgani
SMS/WhatsApp: 012 658 4283

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun boleh…

Tapi kalau nak jana pendapatan dari Shaklee, kita akan bantu semaksima mungkin 

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 

Hubungi saya, Rohimaiza Abdol Rgani

Comments

  1. adoiiiyaaii makanan-makanan kat atas tu semuanya sedap-sedap belaka
    siti hazreen recently posted…Hari Terbuka Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) 2015My Profile

  2. sedap2 semua tu

  3. Marah burger Ramly kalau dia baca macam ini..Heh..heh..Tapi best tu roti canai dan nasi lemak…
    Sani recently posted…Lelaki Ini Travel Seluruh Dunia Sambil Buat Duit USD1 Juta!My Profile

  4. tapi, saya suka makan nasi lemakkk..

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing